Connect with us

Oh! Media

Da’i Farhan Kembali Ke Pangkuan Isteri Pertama, Selesai Nikah 1 Syawal Lalu

Dai Farhan Kembali

Oh! Artis

Da’i Farhan Kembali Ke Pangkuan Isteri Pertama, Selesai Nikah 1 Syawal Lalu

Seorang pendakwah bebas dan juga merupakan juara dalam Program Da’i Milenia tahun 2014, Da’i Farhan selamat bernikah semula dengan bekas isteri pertama beliau, Fatin Nurul Ain Mat Aris, pada 1 Syawal lalu.

penyatuan semula pasangan itu diumumkan oleh Fatin sendiri melalui hantarannya di Instagram Story selain turut mengharapkan supaya orang ramai mendoakan rumah tangga yang dibina buat kali kedua ini kekal hingga akhir hayat.

Fatin turut mengatakan bahawa sikap memaafkan seseorang merupakan suatu ketenangan dan merupakan akhlak Rasulullah S.A.W.

IKLAN

Saling bermaafan memberi ketenangan Itulah akhlak Rasulullah. Hati yang memaafkan adalah hati yang bersangka baik dengan apa yang berlaku.

Semoga apa yang berlaku sudah tertulis, tiada kebaikan untuk memendam rasa.

Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat, ” katanya dalam hantaran berkenaan.

Sebelum ini, Da’i Farhan telah mencetuskan kontroversi apabila beliau bertindak menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang mengandungkan anak pertama mereka selepas mendedahkan sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang janda anak lapan iaitu Dr. Erin di Makkah pada November 2019.

Walaubagaimana, perkahwinan Da’i Farhan dan Dr. Erin tidak berkekalan lama selepas mereka disahkan bercerai pada 20 April 2020.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas