Connect with us

Oh! Media

“Dah Kahwin, Dah Lepas, Jangan Lupa Tarikh Naik Mahkamah” – Adam Shahz

Oh! Artis

“Dah Kahwin, Dah Lepas, Jangan Lupa Tarikh Naik Mahkamah” – Adam Shahz

Pelakon terkenal, Fatin Afeefa telah selamat diijabkabul bersama Aliff Awang dalam sebuah majlis tertutup baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Anak Sendiri Kantoikan Fatin Afeefa Pernah Tidur Dengan ‘Boyfriend’, Adam Shahz Dikecam Netizen?

Bekas suaminya, Adam Shahz meluahkan rasa gembira atas perkahwinan itu namun mengingatkan Fatin tentang satu perkara, hm tentang apa itu?

Jangan lupa

Adam meminta agar Fatin tidak lupa mengenai tarikh perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak pada bulan ini.

Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja. Dah kahwin, dah lepas, Cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti.

Pelakon itu juga memaklumkan bahawa dirinya menerima segala keputusan mahkamah asalkan tidak memutuskan hubungannya bersama anak.

Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apapun saya bergantung kepada keputusan mahkamah. Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak. Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekalipun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak.

Umum mengetahui mengenai hubungan antara kedua pelakon tersebut tegang setelah rumah tangga yang dibina bersama menemui jalan buntu dan berakhir pada 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas