Trending
“Nampak Diri Sendiri Bodoh Putar Belit” – Jofliam Dakwa Cik Epal Cuba Hancurkan Hidupnya
Sebelum ini, Cik Epal mendakwa Jofliam minta kongsi bayaran yuran.
Pergolakan di antara influencer terkenal, Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam kembali menjadi perhatian netizen.
Semuanya tercetus selepas Cik Epal memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp di Threads yang menunjukkan perbincangan mereka mengenai sekolah anak-anak.
Jofliam minta kongsi yuran sekolah anak?
Cik Epal mendakwa bekas suaminya itu meminta bayaran sekolah anak secara perkongsian iaitu 50-50.

Tidak lama kemudian, Jofliam atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi tampil membalas dengan memuat naik versi penuh perbualan di InstaStory.
Hantaran itu dipercayai untuk menepis dakwaan yang dikatakan hanya menunjukkan sebelah pihak.
Jofliam kongsi perbualan penuh




Perbualan mereka jelas memperlihatkan perselisihan faham mengenai pilihan sekolah anak-anak selepas perceraian.
Cik Epal mempersoalkan kemampuan kewangan Jofliam untuk menanggung yuran sekolah anak di sekolah yang sama sebelum ini.
Namun, Jofliam mempertahankan dirinya dengan mendakwa sudah berusaha keras mencari rezeki. Dia hanya mahu menukar sekolah antarabangsa yang lain di mana yurannya lebih murah.

Tindakan Jofliam memuat naik keseluruhan perbualan itu mendapat pelbagai reaksi. Ada yang menyebelahi Cik Epal kerana merasakan Jofliam cuba lepas tangan.
Namun ada juga yang menyokong Jofliam kerana berani mendedahkan versi penuh agar orang ramai menilai sendiri.
Pssttt! Drama antara bekas pasangan ini nyata memberi kesan besar pada anak-anak mereka. Walau apa pun, hal keluarga sebegini lebih baik diselesaikan secara tertutup demi menjaga maruah dan emosi anak-anak.
Kredit: Instagram Jofliam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM