Connect with us

Oh! Media

Che Ta Hairan Jual Inai Murah Pun Dipersoal Netizen

Oh! Artis

Che Ta Hairan Jual Inai Murah Pun Dipersoal Netizen

Siapa tak kenal dengan pelakon jelita, Rozita Che Wan yang terkenal dengan bakat lakonan hebat serta kecantikannya meskipun menjangkau umur 40-an.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tak Dak Pun Nampak Dia Mention Mana-Mana” – Che Ta Pelik Fazura Dihentam Gara-Gara Inai

Kini, pelakon yang lebih mesra disapa Che Ta itu dilihat semakin berjaya selepas mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan menjual produk inai.

Che Ta pelik netizen persoal harga inai terlalu murah

Baru-baru ini, Che Ta ada memuat naik satu video di Instagram mengenai harga inai yang dijualnya.

Menerusi video tersebut, Che Ta menyuarakan kehairanannya terhadap segelintir netizen yang mempertikai harga inai yang dijualnya terlalu murah meskipun dia merupakan seorang artis.

Hampa ni dok tanya kami(saya) kenapa tak juai mahai sebab kami artis, adoiii, dahlah tuu hampaaa, okaylah kan 15 hengget jaaaa!!

Hampa happy pakai, kami pun happy. Kang mahal mahal tak dan nak nopap setiap bulan.

Che Ta turut memaklumkan bahawa tujuan dia menjual produk inainya dengan harga yang murah adalah untuk memberi ruang kepada semua orang untuk sama-sama menggunakan inainya itu pada harga yang berpatutan.

Laa, kami (saya) bukan nak cekik darah, bukan nak pergi haji balik hari pun. Kita nak bagilah sama-sama rasa cantik, sama-sama dapat beli inai Che Ta ni.

Pasal itu kami jual RM15 ja.

Betul lah apa dikatakan Che Ta tu, takkanlah dia nak jual mahal hanya semata dia seorang artis.

Kredit: Instagram rozitachewan1

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas