Connect with us

Oh! Media

“Cedok Nasi Pun Boleh Senyum Satu Hari” – Zul Ariffin Tiada Niat Menunjuk

Oh! Artis

“Cedok Nasi Pun Boleh Senyum Satu Hari” – Zul Ariffin Tiada Niat Menunjuk

Pelakon kacak, Zul Ariffin sejak kebelakangan ini dilihat sering turun padang mengikuti program kebajikan bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Dalam posting terdahulu, dia dilihat menggendong sendiri beras untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.

ADVERTISEMENT

BACA: Zul Ariffin Tarik Diri Dari ABPBH34, Nak Jadi Insan Lebih Baik

Terbaru, pelakon filem J Revolusi ini menerusi hantaran di Twitter memohon maaf sekiranya banyak mengeluarkan posting berkaitan agama di media sosial.

zul ariffin

Jelasnya, perkongsian dibuat bukanlah bertujuan untuk menunjuk atau meraih pujian. Dia sebaliknya hanya mahu berkongsi pengalaman.

Dia turut meluahkan rasa keterujaan apabila diberi peluang turut serta memberi makanan kepada orang miskin dan jalanan bersama team Ustaz Ebit.

Walaupun hanya menyenduk nasi, pelakon ini berkata pengalaman itu membuatkannya gembira dan tersenyum selama satu hari.

Apatah lagi apabila rakan-rakan jalanan turut seronok dapat berjumpa pendakwah dan selebriti yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka.

Kredit: Zul Ariffin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top