Connect with us

Oh! Media

Ceburi Bidang Baharu, Lan Pet Pet Kini Jadi Pegawai Tugas Khas Peguam

Oh! Artis

Ceburi Bidang Baharu, Lan Pet Pet Kini Jadi Pegawai Tugas Khas Peguam

Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan bin Ahmad, 52, merupakan seorang pelawak terkenal tanah air yang telah menawan hati masyarakat di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bukan Jual Barang Terlarang” – Lan Pet Pet Sedih Imej Tercalar

Namun sebelum ini, Lan pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi termasuklah tuduhan terhadap dirinya yang didakwa menjual barangan terlarang.

Perkara itu dinafikan oleh pelawak itu, sebaliknya beliau hanya menjual ubat lelaki selepas sidang media baru-baru ini bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

Kenyataannya itu sedikit sebanyak dapat membersihkan imej serta maruahnya yang tercalar oleh sebab terdapat netizen yang menuduh secara melulu.

Lan Pet Pet ceburi bidang baharu

Selepas tujuh bulan mendalami ilmu perundangan, Mazlan Ahmad hari ini telah memulakan tugas pertamanya selaku pegawai tugas-tugas khas.

Menurut laporan Kosmo, ia akan menjadi pegawai tugas khas kepada peguam terkemuka, Datuk Dr. Aswandi Mohamed Hashim.

Menurut Mazlan, tindakannya itu yang mencuba bidang baharu kerana timbul minat sejak sekian lama terhadap bidang perundangan.

Selain itu, dia juga turut mengaitkan filem Hollywood dan Bollywood menjadi sebab mendalami bidang itu terutamanya berkaitan hujah-hujah di mahkamah.

Tiada niat tinggalkan industri seni

Namun, disebalik pekerjaan baharunya itu, sudah pasti akan menjadi tanda-tanya netizen sama ada dia akan meninggalkan bidang seni atau tidak.

Menurutnya, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang seni sebaliknya akan cuba membahagikan masa untuk terus terlibat dengan dunia penggambaran selepas ini.

Tempoh tujuh bulan ini bagi saya cukup unik. Sepanjang tempoh itu, saya menjalani latihan di Firma Guaman AHC milik Aswadi.

Tambahnya, dari situlah dia mula belajar mengenai perkara-perkara asas termasuk etika bercakap dengan orang awam, berpakaian serta memahami situasi dalam mahkamah

Orang mungkin kata saya ‘rempang’ (gila-gila). Namun jika diberi karakter serius seperti peguam ketika melakukan penggambaran, Insya Allah saya boleh lakukan.

Lan mendedahkan kisahnya itu ketika ditemui mengiringi Aswandi mengendalikan satu kes Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah, hari ini.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top