Connect with us

Oh! Media

“Bukan Jual Barang Terlarang” – Lan Pet Pet Sedih Imej Tercalar

11177c62 4753 4014 b9e6 934dc15edd1f

Oh! Artis

“Bukan Jual Barang Terlarang” – Lan Pet Pet Sedih Imej Tercalar

Pelawak terkenal, Mazlan atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet sebelum ini didakwa menjual bahan terlarang berikutan tularnya video seperti sedang menjual beli barang tersebut.

BACA : Tular Video Jual Beli ‘Barang’, Lan Pet Pet Tampil Buka Mulut

Namun ujar Mazlan, dia ketika itu sebenarnya sedang menjual ubat untuk lelaki.

IKLAN

Dia juga pada awalnya ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video berunsur fitnah namun menarik semua hasrat tersebut selepas berbincang dengan peguam.

Malah, dia juga telah memaafkan mana-mana individu yang turut menyebarkan video tersebut dan mengutuknya di media sosial.

Saya tak jual barang terlarang seperti yang didakwa..apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki. Saya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pada awalnya memang nak ambil tindakan.

Jelasnya, setelah berbincang dengan peguam, dia menarik balik hasrat tersebut apabila mengenangkan individu tersebut perlu membayar jumlah yang besar dan enggan membiarkan reputasinya tercalar.

Mazlan ditemui media di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.

Terdahulu, tular di Twitter mengenai video yang mirip pelawak tersebut seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan.

Menerusi twit tersebut, ramai netizen telah mendakwa individu mirip pelawak itu adalah Mazlan.

Mazlan dalam pada itu turut menafikan bahawa aksi mencurigakan itu adalah untuk tujuan promosi semata-mata seperti yang didakwa netizen.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas