Oh! Artis
“Campaklah Dengan Siapa-Siapa..” – Khairul Aming Buat Pengakuan Berani
Setiap kali Khairul Aming ni buat perkongsian, mesti akan buatkan ramai terinspirasi dengan kata-katanya. Macam dalam siarang langsung baru-baru ni dekat TikTok, Khairul Aming mengakui memiliki kelebihan untuk berbual dengan ‘makcik-makcik’.
“Campaklah dengan siapa-siapa, saya boleh borak” – Khairul Aming.
Khairul Aming atau lebih mesra dipanggil KA, meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik tanpa mengira siapa mahupun pangkat.
Borak dengan orang tua ini, kena ada cara dia. Campaklah dengan siapa-siapa, saya boleh borak.- Katanya.
Walaupun KA mengakui dirinya bukan seorang yang extrovert, dia tetap tahu cara untuk membuka ruang perbualan, terutama dengan golongan lebih dewasa.
Netizen setuju orang muda perlu pandai berkomunikasi…

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap KA yang mesra dan pandai membawa diri. Ramai yang setuju dengan pandangan beliau bahawa anak muda perlu belajar seni berkomunikasi dengan orang tua, dan tidak hanya mengasingkan diri.
Betul KA! Orang tua lebih suka bila kita tanya khabar mereka dan berbual santai. Itu pun boleh buat mereka rasa dihargai.- tulis seorang pengguna.
Ada juga yang berpendapat, kemahiran ini penting untuk membina hubungan baik antara generasi, apatah lagi dalam budaya kita yang menitikberatkan hormat kepada orang tua.
#OhmediaNasihat
Ohmedia percaya, kebolehan berkomunikasi dengan baik adalah aset berharga dalam kehidupan. Korang kena ingat, generasi lebih tua ada banyak ilmu dan pengalaman yang boleh kita manfaatkan.
Jadi, jangan segan atau rasa rendah diri untuk memulakan perbualan. Buka hati, tanya soalan, dan hormati pandangan mereka. Mana tahu, korang mungkin dapat inspirasi baru untuk berjaya seperti Khairul Aming!

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM