Connect with us

Oh! Media

“Buruk Imej Orang Pakai Serban” – Ustaz Don Luah Rasa Terkilan

Oh! Artis

“Buruk Imej Orang Pakai Serban” – Ustaz Don Luah Rasa Terkilan

Sejak akhir-akhi ini, banyak peredaran berita berkenaan penipuan atas talian serta individu yang menggunakan maklumat pihak lain bagi mendapat keuntungan diri sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Jiwang Jugak Ustaz Ni’ – Beri Ucapan Hari Jadi, Ramai Tak Sangka Ustaz Don Romantik Orangnya!

Perkara itu membuatkan ramai masyarakat mudah terpadaya oleh kerana menginginkan keuntungan segera, lebih-lebih lagi mereka kini berhadapan dengan musim pandemik.

Sebelum ini, penyanyi tanah air, Datuk Hattan juga pernah menjadi mangsa apabila terdapat pihak yang mengodam aplikasi WhatsApp miliknya untuk memperdayakan kenalannya.

Ustaz Don luah rasa terkilan, jadi mangsa scammer

Namun, perkara tersebut turut berlaku kepada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Don apabila menjadi mangsa aktiviti scammer baru-baru ini.

Hal itu selepas terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambarnya untuk memperdaya kenalannya di aplikasi WhatsApp.

Menerusi hantarannya di laman Instagram, penceramah itu memuat naik beberapa tangkap layar perbualan ‘si penipu’ itu yang cuba menipu kenalannya dengan meminta wang menerusi aplikasi berkenaan.

Tangkap layar perbualan individu menggunakan nama dan gambar ustaz Don

Menerusi tangkap layar itu, individu tersebut dilihat menyamar menjadi pendakwah itu dan meminta wang sejumlah RM3.750 untuk dipindahkan ke akaun bukan miliknya.

Buat buruk imej orang berserban

Sehubungan dengan itu, Ustaz Don menerusi hantarannya menyifatkan perbuatan itu boleh memburukkan imej individu berserban sekaligus turut mencemarkan nama baiknya.

Semua, tolong sebarkan. Dah lah gambar Ustaz pakai serban. Memang nak bagi buruk imej orang pakai serban. Minta ribu pula. Kacau.

Dia juga turut mendoakan individu itu segera bertaubat selain menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan tipu helah scammer.

Tolong sebentar ya kawan-kawan. Jangan bagi ada yang terkena. Nama saya Don Daniyal dan isteri, Husna Zahry, bukan Ariati. Tak pasal.

Ya Allah, tolong buka hati orang yang buat agar jangan menganiaya orang lain. Malah, orang yang kena, supaya nampak kebohongan.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut menasihati Ustaz Don agar melaporkan kejadian itu kepada pihak polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Kredit: Instagram Ustaz Don I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas