Connect with us

Oh! Media

“Bukan Scammer, Saya Mangsa Juga..” – Suami Heliza Helmi

heliza helmi

Oh! Artis

“Bukan Scammer, Saya Mangsa Juga..” – Suami Heliza Helmi

Nama suami kepada selebriti Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, kini hangat diperkatakan selepas dikaitkan dengan satu skim pelaburan yang didakwa menipu ramai pelabur.

Namun Mahadi tampil menjelaskan bahawa beliau bukan scammer seperti yang digambarkan, sebaliknya turut menjadi mangsa.

IKLAN

Suami Heliza Helmi dakwa dirinya hanya perantara…

suami heliza

Dalam sidang media bersama Masyarakat Kemanusiaan Antarabangsa (MHO), Mahadi menegaskan dirinya hanya bertindak sebagai perantara antara pelabur dan syarikat terbabit.

Saya bukan pengasas, bukan pemilik syarikat dan bukan orang yang mengumpul duit. Saya hanyalah perantara jambatan yang menyambungkan pelabur kepada syarikat yang saya sendiri percaya pada waktu itu.- Katanya.

Jelas Mahadi lagi, semua urusan kewangan dibuat terus antara pelabur dan syarikat tanpa melibatkan dirinya secara langsung.

Turut labur RM20 juta dan rasa bersalah…

Lebih mengejutkan, Mahadi sendiri telah melabur lebih RM20.7 juta dalam dua entiti yang berkaitan antara tahun 2021 hingga 2023, hasil keyakinan terhadap dokumentasi dan struktur syarikat berkenaan.

Kami diberi taklimat, lengkap dengan surat perjanjian, pengesahan penasihat syariah dan semua dokumen yang nampak teratur. Kalau tidak, saya sendiri tidak akan berani melabur sebanyak itu.- Jelasnya.

Mahadi turut mengakui berasa sangat bersalah kerana telah memperkenalkan skim tersebut kepada ramai kenalan dan rakan-rakan yang kini turut menjadi mangsa.

Saya rasa sangat bersalah. Ramai kenal saya dan percaya kepada saya. Saya pula percaya kepada syarikat itu tapi akhirnya saya pun terkena.- Katanya sebak.

Tak akan lari, sedia bantu siasatan…

Mahadi berkata beliau telah membuat laporan polis dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa. Walaupun kini dihujani kecaman dan tohmahan di media sosial, beliau tidak berniat untuk lari dari tanggungjawab.

Saya jaga nama saya selama ini. Hari ini saya dikecam, dihukum di media sosial. Tapi saya tidak akan lari. Saya akan terus beri kerjasama dan bantu pelabur dapatkan keadilan.- Tegasnya.

Tambah Mahadi lagi, dia tersentuh apabila melihat ramai mangsa yang terdiri daripada pesara, ibu tunggal dan individu yang menggunakan wang simpanan terakhir datang mengadu dalam keadaan menangis.

Pssttt! Isu pelaburan bukanlah perkara kecil, lebih-lebih lagi bila melibatkan wang simpanan ramai orang. Sebelum melabur, pastikan kita periksa latar belakang syarikat, semak dokumen dan dapatkan pandangan pakar kewangan. Jangan hanya percaya pada nama besar atau kenalan rapat, kerana risiko tetap ada. Hati-hati, jangan sampai jadi mangsa seterusnya.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas