Connect with us
ika mustafa

Oh! Artis

“Bukan Mudah Nak Istiqomah”- Ika Mustafa Buat Keputusan Buka Aurat

“Sekejap pakai sekejap tidak”, mungkin itulah tanggapan yang membuatkan penyanyi Ika Mustafa risau dan ingin jadi diri sendiri.

Ika yang juga seorang pramugari di syarikat penerbangan swasta nampaknya memutuskan untuk kembali membuka hijab sejak Februari lalu.

IKLAN

Bukan mudah nak istiqomah. Saya tidak mahu terus berpura-pura. Asalnya saya memang tak pakai tudung pun.

Kerjanya sebagai pramugari juga menjadi antara sebab dia memutuskan untuk tidak memakai hijab kerana tidak mahu orang melihat dirinya tidak bertudung ketika di awan tetapi bertudung pula ketika di darat.

Sebab saya bekerja sebagai pramugari yang mana memang tak bertudung, jadi ia sesuatu yang saya tak nak buat lagi depan orang ramai. Saya mula pakai tudung dalam tempoh pandemik dan buka semula tahun ini dalam Februari. 

Dah macam 2 alam pula…

Sewaktu pandemik saya fokus kepada kerjaya nyanyian. Kalau kena terbang pun sekali atau dua kali dalam sebulan. Jadi, ketika itu depan kamera saya bertudung, jika di awan biru tak. Dah macam dua alam pula. 

Dalam pada itu dia turut mengakui yang setiap manusia ingin berubah menjadi lebih baik tetapi hati sentiasa berbolak balik.

Biasalah semua orang melalui fasa nak berubah. Cuma hati berbolak balik. Kita melalui fasa nak menjadi lebih baik, tapi bukan mudah nak kekal istiqomah. Saya pakai tudung bukan percubaan, tapi ia sesuatu yang saya nak buat. 

Kita doakan sahaja agar Ika penyanyi lagu Puja ni kembali bersemangat untuk berubah jadi lebih baik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas