Connect with us

Oh! Media

“Bukan Menyesal Jadi Islam” -Michael Ang Enggan Orang Salah Tafsir Kenyataannya

Michael Ang

Oh! Artis

“Bukan Menyesal Jadi Islam” -Michael Ang Enggan Orang Salah Tafsir Kenyataannya

Penerbit dan pengarah terkenal Malayia, Michael Ang menjelaskan bahawa dia tidak mahu orang ramai tersalah tafsir kenyataannya di laman Instagram berkaitan penyesalannya apabila orang ramai mengetahui di telah memeluk agama islam.

Menurut hantarannya di laman Instagram baru-baru ini, Michael Ang telah memuat naik sebuah video memaparkan seorang ustaz yang memberikan ceramah kepada orang awam dengan nada yang marah serta mengulas mengenai video terbabit yang berkemungkinan menyebabkan orang luar tersalah anggap akan agama islam yang sebenarnya.

Namun, Michael juga turut berkata bahawa dia menyesal apabila orang tahu dia memeluk agama islam dan menyebabkan terdapat pihak yang tersalah tafsir sehingga menganggap pengarah itu menyesal memilih islam.

IKLAN
Screenshot 206
Tangkap layar mengenai hantaran Michael Ang barubaru ini mengulas berkenaan tindakan seorang agamawan yang didakwa memalukan orangorang yang dibantunya
Sumber Instagram Michael Ang

Menurut Michael, dia bukan menyesal menjadi orang islam, malah kenyataan itu merujuk kepada penyesalan apabila ramai mengetahui dia beragama islam.

Saya menyesal orang tahu diri Islam. Bukan menyesal jadi orang Islam ya. Ia dua perkara yang berbeza

Mengulas kepada video yang dimuatnaiknya, Michael sedikit terkilan dengan cara seorang ustaz yang memberikan ceramah dan mempertikaikan ibadah solat mereka.

Ya, memang saya menyesal! Saya cintakan Islam tetapi menyesal orang tahu saya Islam sebab benda-benda macam ini. Ia tidak menunjukkan Islam yang sebenarnya. 

Whatsapp image 2021 07 03 at 34144 pm 443x600 2
Michael Ang bertindak menjelaskan kenyatanya melalui laman Instagramnya Sumber Utusan Harian

Menolong orang yang memerlukan itu adalah Islam, tapi kalau niat hendak menolong dan memalukan orang dan kemudiannya paksa orang solat dan sebagainya, ia bukan ajaran Islam.

Islam tidak memaksa! Faham kenapa aku malu?”katanya.

Michael Ang turut berkata, video tersebut mampu membuatkan orang ramai salah faham akan agama islam yang sebenarnya dan memberitahu agama islam yang dipelajarinya bukan seperti ini.

Macam ni ke Allah ajar? nak derma, derma je. tak perlu nak malukan sampai tahap sebegitu. Menyedihkan.

Video ini betul-betul buat saya sedih sampai ke tahap malu dan menyesal orang tahu aku Islam.

Islam yang aku belajar bukan macam ini! Mungkin niat dia nak tolong itu bagus. Tapi niat kau nak berdakwah itu seolah-olah orang yang berada di situ tak ada harga diri! Anda lebih teruk daripada Israel!

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen juga turut melahirkan perasaan kecewa terhadap tindakan agamawan itu.

Kredit: Michaelang, Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas