Connect with us

Oh! Media

datuk red

Oh! Artis

Datuk Red Luah Perasaan Tentang Isteri Pertama Dan Kedua

Nampaknya bukan hanya Adira sahaja yang tekad mahu diceraikan tetapi isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafika Hassim juga mahu berpisah.

BACA: “Perempuan Kalau Marah Memang Begitu” – Datuk Red Dedah Sesuatu Mengenai Isu Tuntutan Cerai Adira Suhaimi

IKLAN

Perkara itu didedahkan Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan namun menjelaskan keputusan kedua-dua isterinya itu bukanlah dirancang mereka tetapi hanya kebetulan.

Luaran nampak gelak ketawa tapi hati lelaki ni siapa tahu…

Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohnan mereka sendiri. Jadi, saya tetap mahu mencuba mempertahankan. Mungkin orang lihat saya luaran masih boleh gelak ketawa tapi dalaman lelaki ini jenis lemah tak nampak.

Dalam pada itu, Datuk Red turut mengakui rasa sakit bakal kehilangan kedua-dua isteri. Ini kerana jika dulu mungkin masih boleh mencari pengganti tetapi kini perkara itu bukan mudah.

Datuk Red akan cuba pertahankan hubungan kerana Allah dan anak-anak…

Bayangkan tiba-tiba ada dua tapi boleh hilang dengan sekelip mata. Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak pun dah ramai.

Jadi saya mahu pertahankan apa yang ada. Saya juga manusia, lalai dan saya asyik minta maaf banyak kali tapi benda tetap berulang lagi (perpisahan). Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham.

Disebabkan hal inilah Datuk Red dilihat berusaha bersungguh-sungguh mahu mempertahankan hubungan yang telah terbina sekian lama sebaik mungkin.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah rendah Syariah Gombak Barat menunjukkan proses tersebut gagal menemui jalan penyelesaian. Proses Hakam akan diadakan pada 24 April 2024.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas