Connect with us

Oh! Media

“Boleh CC Sini Sekali” – Sharnaaz Ucap Birthday Untuk Anak, Sekali Noor Nabila Balas

Oh! Artis

“Boleh CC Sini Sekali” – Sharnaaz Ucap Birthday Untuk Anak, Sekali Noor Nabila Balas

Gemar berkongsi momen indah bersama anak, pelakon, Sharnaaz Ahmad dilihat mempunyai figura seorang bapa yang penyayang. Meskipun tidak tinggal sebumbung, Sharnaaz sentiasa mencari ruang meluangkan masa bersama Jebat Jayden.

ADVERTISEMENT

Malah, Jebat Jayden juga mempunyai personaliti kanak-kanak yang periang dan melucukan. Ada je telatahnya yang membuatkan peminat terhibur.

BACA: (VIDEO) ‘Tak Perlu Kaya Untuk Bahagia’ – Sharnaaz Ahmad Teruja Bawa Jebat Balik Rumah

Sempena ulang tahun ketiga Jebat Jayden hari ini, Sharnaaz menerusi sebuah hantaran di Instagram memuat naik ucapan istimewa. Pelakon yang berasal dari Pulau Pinang ini meluahkan rasa sayang dan berjanji akan sentiasa bersama anak walau apa pun yang terjadi.

Dalam masa yang sama, Sharnaaz memohon maaf jika tidak dapat menjadi seorang bapa yang baik. Namun, dia akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi impian anak tunggalnya itu.

Di akhir hantaran, pelakon ini sempat berseloroh meminta sesiapa yang berminat untuk menjadi ibu tiri menghantar resume kepada bos besar, Jebat Jayden.

Meninjau ke ruangan balas, orang ramai menitipkan ucapan kepada kedua-duanya yang meraikan hari jadi pada tarikh yang sama. Difahamkan, Jebat Jayden Ahmad dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu pada hari lahir Sharnaaz yang ke-33.

sharnaaz

Bekas isterinya, Noor Nabila dilihat turut membalas ucapan hari jadi dan menjawab gurauan meminta resume bakal ibu tiri anak. Nabila menyifatkan Sharnaaz seorang yang penyayang dan anak sangat bertuah memiliki bapa sepertinya.

sharnaaz

Orang ramai turut memuji kerjasama yang diberikan dua individu ini dalam membesarkan anak. Meskipun sudah berpisah, kasih sayang daripada ibu dan bapa tidak pernah berkurang untuk Jebat Jayden Ahmad.

Kredit: Instagram Sharnaaz Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas