Connect with us

Oh! Media

Bintang Kacak Korea Selatan, Cha Eun Woo Kembali Ke Malaysia Dalam 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator]

Oh! Artis

Bintang Kacak Korea Selatan, Cha Eun Woo Kembali Ke Malaysia Dalam 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator]

Bagi peminat kpop dan kdrama, tipulah kalau tidak mengenali jejaka yang terkenal dengan wajah kacak semulajadi Cha Eun Woo.

ADVERTISEMENT

Bintang yang memulakan karier sebagai pelakon ini turut aktif sebagai penyanyi kumpulan pop lelaki, Astro. Terbaru, Cha Eun Woo bakal debut sebagai artis solo dan akan memulakan jelajah bertemu peminat dalam 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator].

Bukan Pertama Kali di Malaysia

@luckyyoos omg this song almost 4 years ago but i still can’t move on 😍 #chaeunwoo #astro #coversong #sampaikeharitua #lyrics #fypシ ♬ original sound – yootae

Kalau korang nak tau, ini bukanlah kali pertama Cha Eun Woo mengadakan perjumpaan peminat di Malaysia. Tahun 2019, dia bersama buat para wanita tak keruan apabila mendendangkan lagu Aizat, Sampai Ke Hari Tua.

Malah baru-baru Cha Eun Woo turut serta dalam perasmian pembukaan Skechers di The Exchange TRX pada awal bulan yang lalu.

Tapi kali ini, Viu perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW menjadi ‘tulang belakang’ menjayakan 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] yang  merupakan sebahagian daripada siri Viu Scream Date. Confirm lagi special!

Malaysia merupakan negara pertama selepas fanconcert di Korea tau. Aroha bangga tak?

Acara ini bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 di Stadium Malawati Shah Alam.

Cha Eun Woo pikat hati peminat dengan seleksi drama menarik

Cha Eun Woo mempunyai portfolio yang mengagumkan dalam membintangi siri terkenal. Antara lakonan terbaiknya termasuklah dalam beberapa tajuk drama Korea yang diminati ramai di Viu seperti My ID is Gangnam Beauty dan True Beauty. 

Projek terbarunya, A Good Day To Be A Dog, membawa kejayaan yang membanggakan dan kini beliau semakin popular terutamanya di kalangan peminat drama Korea.

Promosi 22 Peratus Untuk Pembelian Tiket Pada 2.2. Kena Beli Ni!

Tiket ‘fan concert’ CHA EUN-WOO di Malaysia ada tiga pilihan tiket: VVIP (RM858), VIP (RM558), dan CAT1 (RM358), di mana semua pemegang tiket akan menerima kad foto yang telah ditandatangani  CHA EUN-WOO. 

Mana yang belum beli tiket, cepat-cepat beli di ticket2u.com/CHAEUNWOO. Tapi chop dulu kami ada ‘rahsia’ nak share.



Nak dapatkan tiket pada harga diskaun 22%? Beli tiket tiket Viu Scream Dates: CHAE EUN-WOO 2024 Just One 10 Minutes [Mystery Elevator] in Kuala Lumpur korang pada Flash Sale 2.2 bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.

Pemegang tiket VVIP layak mendapat pas eksklusif untuk sesi ‘Hi-Bye’ dan raptai, dengan hanya 30 individu bertuah yang akan menerima kad foto tulisan tangan oleh CHA EUN-WOO sendiri. 

100 pemegang tiket VVIP dan 25 pemegang VIP & CAT1 berpeluang menerima poster yang telah ditandatangani oleh CHA EUN-WOO. Selain itu, peminat dari semua kategori berpeluang untuk memenangi sejumlah 10 barangan eksklusif yang ditandatangani. Sila rujuk ke laman media sosial Viu Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tak sabar nak tunggu CHA EUN-WOO datang? Layan dulu A Good Day To Be A Dog di Viu hari ini!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas