Connect with us

Oh! Media

Bekas Pemain Kedah, Azmeer Yusof Bayarkan Kompaun RM2,000 Lelaki Ziarah Kubur

Oh! Inspirasi

Bekas Pemain Kedah, Azmeer Yusof Bayarkan Kompaun RM2,000 Lelaki Ziarah Kubur

Semalam tersebar berita dan gambar menunjukkan seorang lelaki bersama 2 kanak-kanak telah dikompaun RM2,000 kerana melakukan aktiviti ziarah kubur sempena Aidiladha di Felda Palong 12,13 Jempol, Negeri Sembilan.

ADVERTISEMENT

Nasib yang menimpa mereka bertiga bagaimanapun mendapat perhatian bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof yang menawarkan diri untuk bantu membayar jumlah kompaun terbabit.

Azmeer yang meminta pertolongan orang ramai akhirnya berjaya menghubungi lelaki terbabit dan memaklumkan lelaki berusia 21 tahun itu telah dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan untuk menyelesaikan bayaran kompaun.

Alhamdulillah saya dah contact dengan abang yang kena saman tu. Sekarang ni abang tu dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan. InsyaAllah sebentar lagi selesai segalanya. Terima kasih kepada semua yang tolong cari abang tu dan mendoakan. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT. – Tulisnya.

Dalam pada itu, abang kepada lelaki 21 tahun yang dikenali sebagai Syafiz berkata adiknya menziarahi kubur arwah ayah mereka dan membawa 2 anak buah untuk ziarah pula kubur emak mereka.

Kesian adik den sorang nie kono kompaun. Ziarah kubur arwah ayah ehh yang dio sendiri tak sempat nak jumpo, pastu bawak pulak anak buah ehh ziarah kubur arwah omak ehh. Rumah dekat je, bukan rentas daerah pun, sejengkal yo umah ehh dari kubur, haihh apo pun tunggu keputusan KKM untuk kompaun, Alhamdulillah ramai yang nak tolong. – Jelasnya.

Kami pasti jumlah kompaun RM2,000 itu adalah jumlah yang telah ditetapkan oleh pasukan khas pematuhan SOP. Bagaimanapun, masih tiada lagi maklumat yang mengatakan jumlah kompaun terbabit telah dikurangkan.

Kredit: Facebook Azmeer Yusof, Syafiz Huzairi

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas