Oh! Artis
“Bersyukur Dia Jumpa Yang Terbaik” – Nazim Othman Kecewa Pernah Gagal Menjadi Suami
Pelakon kacak, Nazim Othman akui sedikit beremosi selepas menonton drama popular, Curang Tanpa Niat. Kisah drama tersebut menyentuh perasaannya kerana menggambarkan realiti pahit yang sering berlaku dalam kehidupan rumah tangga.
Menerusi hantarannya di Instagram Story, dia menyatakan dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan kini lebih rela menjadi ‘single’ daripada melukakan hati wanita lain.
Nazim Othman tidak akan berkahwin lagi

Nazim turut menyatakan keputusannya untuk tidak berkahwin lagi selepas perkahwinan terdahulunya tidak berkekalan.
Saya bersyukur Allah temukan bekas isteri dengan lelaki yang baik sebagai suaminya
Lebih rela membujang daripada menyakiti wanita lain

Untuk makluman, Nazim Othman pernah berkahwin dengan pelakon, Bella Dally pada 10 September 2016 dan bercerai pada Mei 2018.
Bekas isterinya, Bella kemudian berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin Mohd Radzali pada 31 Mac 2019.
#OhmediaNasihat
Apa-apapun, perkahwinan bukan sekadar ikut sunnah, tetapi tetapi juga satu tanggungjawab besar yang memerlukan komitmen, kesabaran, dan kesedaran. Kesetiaan, komunikasi yang baik, dan rasa hormat adalah kunci utama dalam satu hubungan. Jadi, sebelum melangkah ke alam perkahwinan, pastikan niat dan tanggungjawab difahami sepenuhnya.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM