Connect with us

Oh! Media

Berlibur Ke Pulau Langkawi, Kedudukan ‘Face Mask’ Aliff Syukri Cetus Kecaman Netizen

Oh! Artis

Berlibur Ke Pulau Langkawi, Kedudukan ‘Face Mask’ Aliff Syukri Cetus Kecaman Netizen

Baru-baru ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sempena Gelembung Pelancongan Projek Rintin Pulau Langkawi bermula 16 September.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ia Bukan Bahan Jenaka” – Amin Idris Selar ‘Video Palestin’ Aliff Syukri

Dilaporkan seramai 2,000 pelancong telah memulakan perjalanan bercuti ke Pulau Langkawi menerusi 18 penerbangan yang dijadualkan.

Selain itu, dilihat para selebriti tanah air juga tidak melepaskan peluang untuk melancong ke sana dan turut berkongsikan detik-detik indah di media sosial masing-masing.

Walaubagaimanapun, pelancong yang sudah tiba di sana perlulah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan berlaku.

Aliff Syukri melancong ke Langkawi

Perkara itu turut mendapat perhatian daripada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri yang tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi pulau itu.

Aliff melalui perkongsian di laman Instagramnya meluahkan rasa teruja apabila berpeluang melancong ke Pulau Langkawi selepas lama tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun, usahawan itu turut memaklumkan bahawa percutian ke pulau lagenda itu atas urusan kerja dan pada masa yang sama untuk honeymoon bersama isteri.

Pertama kali ke Langkawi selepas PKP.

Alhamdulillah ada rezeki kita ke Langkawi lagi, dah lama tak naik flight. Hari ni saya ke langkawi atas beberapa urusan dan ambil peluang Honeymoon dengan isteri.

Difahamkan, keberadaan mereka disana kerana terlibat dalam satu penggambaran bagi mempromosikan sebuah hotel dan tidak membawa anak-anak mereka bersama.

‘Face mask’ jadi isu

Bagaimanapun, keterujaan pasangan itu menikmati percutian di sana mengundang kecaman ramai gara-gara kedudukan pelitup mukanya.

Menerusi perkongsian itu, Aliff Syukri dilihat kerap tidak memakai topeng muka dengan betul dan hanya sekadar meletakkannya di dagu.

Perkara itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati netizen selain menganggap ahli perniagaan itu tidak memberikan contoh yang baik kepada orang lain.

Walaubagaimanapun, Aliff turut memberikan penjelasan mengenai face mask-nya itu yang mana beliau menanggalkannya kerana ingin mengeluarkan suara yang jelas ketika merakam video.

Mask saya pakai betul cuma time saya buat vlog kurang dengar suara jadi saya buka kejap dan saya tutup balik.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih daripada 324,000 jumlah tontonan serta mendapat 30,246 tanda suka.

Kredit: Instagram Aliff Syukri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas