Oh! Artis
“Berderu Call Masuk Dan DM” – Pak Mat Western Serah Infak Fattah Amin Kepada Masjid Untuk Edarkan
Jenama kambing perap terkenal, Pak Mat Western menerima banyak panggilan dan mesej daripada orang ramai meminta pertolongan selepas pihaknya mengumumkan Fattah Amin mahu menginfakkan komisyen.
Selepas berbincang, Pak Mat mengambil langkah memberikan wang tersebut kepada masjid untuk diedarkan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal kariah terbabit.
Serah infak kepada masjid untuk diedarkan


Menerusi satu hantaran di TikTok, jenama berkenaan memuat naik gambar menunjukkan host ke masjid dan menyemak senarai golongan asnaf yang layak.
Fattah Amin tolak komisyen
Terdahulu, Pak Mat Western memaklumkan Fattah Amin berjaya menjual 10,000 pek kambing perap selama 3 jam bersiaran langsung.

Duit komisyen dianggarkan mencecah RM90,000 namun Fattah Amin menolak untuk menerimanya dan mahu ianya diinfakkan kepada golongan memerlukan.
#OhmediaNasihat
Dalam dunia yang semakin materialistik ini, tindakan Fattah Amin yang menolak komisyen untuk diinfakkan kepada asnaf adalah sesuatu yang sangat terpuji. Ia mengingatkan kita bahawa rezeki boleh datang dalam pelbagai cara, dan apabila kita berkongsi, ia bukan sahaja menggembirakan orang lain tetapi juga membawa berkat dalam hidup kita. Jadi, mari kita sama-sama ambil inspirasi dari kisah ini dan cuba bantu orang lain mengikut kemampuan kita.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @pakmatwesterncafee
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM