Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Dedah Sisi Gelap Dunia Hiburan, – “Lelaki Suruh Saya Duduk Atas Peha”

bella astillah

Oh! Artis

Bella Astillah Dedah Sisi Gelap Dunia Hiburan, – “Lelaki Suruh Saya Duduk Atas Peha”

Pernah tak korang berangan nak jadi artis dan terkenal? Sampaikan pergi mana-manapun orang akan perasan kita, jerit nama kita dan berlari kejar kita hanya sebab nak bergambar. Itu mungkin sesuatu yang diinginkan sesetengah orang tapi bila dah masuk dunia populariti, ia agak berbeza.

ADVERTISEMENT

Ohmedia kata seperti itu selepas mendengar pengakuan berani Bella Astillah yang mendedahkan sisi gelap dunia hiburan tempatan yang diceburinya sejak kecil.

Ramai ambil kesempatan atas kenaifan Bella Astillah…

Pendedahan itu dilakukannya dalam satu program podcast bersama Hazeman Huzir di YouTube. Insiden itu berlaku ketika dirinya masih muda dan naif di mana pelbagai pihak gemar ambil kesempatan ke atas dirinya.

Ketika itu, seorang lelaki menyuruh Bella untuk duduk di atas pehanya. Bella menjelaskan ketika itu dia kurang berani untuk mengatakan tidak dan melakukan sahaja apa yang dipinta.

Pelakon dan penyanyi kelahiran Sabah ini juga merasakan peluang untuk menembusi industri tempatan sangat susah sehinggakan dia tidak pernah bertanya soal bayaran. Akhirnya, Bella terpaksa menerima sahaja bayaran yang tidak setimpal walaupun album yang diusahakan bersama adik dan ayahnya berjaya tembusi pasaran Brunei dan Singapura.

Kredit: xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas