
Oh! Artis
Bekas Suami Dedah Punca Sebenar Cerai Pelakon Era 90-an – “Isteri Enggan Tidur Bersama, Alasan Geli”
Pelakon era 90-an, Farisha Irwayu baru-baru ini mengumumkan telah berpisah dengan suaminya, Tuan Asmawi Tuan Umar.
Dalam perkhabaran duka itu, Farisha atau nama sebenarnya Norayu Ghazali sempat menitipkan pesanan kepada penyondol yang kini bergelar isteri pertama.
BACA: “Kepada Penyondol Boleh Dah Jadi Nombor Satu” – Tak Sanggup Bermadu, Pelakon Terkenal Sah Bercerai
“Nak gosok baju pun sendiri, makan pun sendiri”

Terbaru, bekas suami yang merupakan seorang pendakwah bebas menerusi laporan mStar mendedahkan punca sebenar berlakunya penceraian.
Dakwa Tuan Asmawi , dia hanya sempat merasa bahagia selama setahun perkahwinan, enam tahun selebihnya dia banyak memendam perasaan.
Saya tidur di hall (ruang tamu). Saya tidak dilayan dengan baik sebagai seorang suami.
Pengasas program Imam Muda ini juga mendedahkan mereka sudah lama berpisah bilik dan bekas isterinya sering mengelak untuk tidur bersama dengan alasan geli.
Dakwanya, setiap kali pulang ke rumah bekas isterinya akan mengunci pintu bilik tidak membenarkan dia masuk.
Mana suami dalam dunia ni tahan kalau layanan isteri macam tu? Nak pergi kerja pun, saya gosok baju sendiri. Makan minum pun tak disiapkan. Tapi saya bersabar dan tak mahu ceraikan dia sebab kasihan, bukan sebab sayang.
Tambah beliau, segala urusan perceraian juga dilakukan oleh Farisha sendiri secara ‘fast track’ dan beliau hanya menurut kerana tidak mahu menambah derita.
“Dia janji tak hebahkan, tapi dia yang bongkar”

Apa yang lebih mengejutkan, Tuan Asmawi mendakwa bekas isterinya melanggar janji untuk tidak menghebahkan kisah penceraian mereka kepada umum.
Dakwanya, Farisha bukan setakat membocorkan kisah rumah tangga mereka malah menuduh isteri baharu Tuan Asmawi sebagai penyondol.
Tak baik panggil orang penyondol. Kalau nak ikut, dia (bekas isteri) pun penyondol juga sebab semasa kami berkahwin saya masih lagi ada isteri.
Menurutnya lagi, beliau tidak berniat membuka aib rumah tangga, namun terpaksa bersuara selepas bekas isterinya memulakan terlebih dahulu dan ramai pihak bertanya tentang perkara sebenar.
“Sakit pun tak datang jenguk”

Selama berkahwin, Tuan Asmawi mendakwa Farisha enggan pulang ke kampung di Terengganu kerana tidak selesa dengan persekitaran desa.
Malah ketika beliau dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada April lalu, Farisha langsung tidak datang menjenguk walaupun keadaannya ketika itu sangat kritikal.
Tambahnya lagi, sepanjang perkahwinan, beliau tidak pernah mengasari Farisha malah sentiasa menunaikan tanggungjawab nafkah tepat pada waktunya.
Namun, beliau mendakwa pernah dimaki ‘bangsat’ oleh bekas isterinya dan masih menyimpan voice note itu sebagai bukti.
Tuan Asmawi sempat menasihati bekas isterinya supaya tidak mengulangi perangai sama jika bertemu jodoh dengan lelaki lain kelak.
