
Oh! Artis
Bawa Resume Sampai Terbuka Hati! Ini Punca Ina Naim Pilih Khairul Rizal Sebagai Suami
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim mendedahkan punca utama menyebabkan dia terbuka hati untuk berkahwin dengan Mohd Khairul Rizal.
BACA: Ina Naim Sah Bernikah Dengan Pilihan Hati Pagi Ini, Tahniah!
Memetik laporan mStar, Ina berkata Khairul Rizal mempunyai banyak persamaan dengan arwah suaminya.
“Suami datang bawa resume” – Ina Naim

Khairul Rizal yang merupakan duda kepada dua orang anak seorang yang penyabar dan penyayang. Ina melihat sendiri bagaimana suaminya itu menghantar mesej kepada anak-anak.
Ina bersyukur anak-anaknya memberi respon dengan baik dan mudah untuk menerima apa yang diajari Khairul.
Agak lama juga saya buat keputusan untuk bernikah lagi. Tapi bila dia datang bawa resume, saya terima keikhlasan yang ada pada dia, keduanya saya rasa dia boleh bantu saya untuk meneruskan perjuangan sebagai bapa untuk mengajar anak-anak.
Ina juga mengakui bukan mudah untuk bergelar seorang ibu tunggal. Dia lega perkahwinan yang dibina ini dapat mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa fitnah.
Mahu bela nasib ibu tunggal, anak yatim

Menurut Khairul pula, dia memilih Ina Naim dengan niat mahu membela nasib ibu tunggal dan anak-anak yatim.
Dia melihat pernikahan ini sebagai peluang untuk melakukan amal jariah. Malah, dengan pengalamannya sebagai seorang pendidik, Khairul yakin dapat membimbing anak-anak tirinya menjadi insan lebih baik.
#OhmediaNasihat
Sebagai netizen, mari kita mendoakan kebaikan buat pasangan ini semoga bahagia sehingga ke akhirnya. Kita tidak perlulah menghukum keputusan yang dibuat Ina kerana pasti ianya demi kebaikan anak-anaknya.
