Oh! Artis
“Baru Famous Sikit Perangai Macam Si*l” – Penyanyi Didakwa Main Pelac*r, Lari Lepas Buntingkan Anak Orang?
Tular di aplikasi X dakwaan seorang wanita mengenai rakannya yang merupakan bekas kekasih kepada penyanyi lagu ‘healing’ viral.
Dalam hantaran yang dibuat, wanita tersebut mendakwa rakannya telah dicurangi dan menjadi mangsa pukul penyanyi terbabit.

Dakwanya lagi, penyanyi terbabit berubah sikap selepas lagunya hits dan mula dikenali ramai.
Sedangkan kekasih setia sejak empat tahun lepas dan penyanyi tersebut pada dua tahun lalu hanyalah seorang penghantar makanan.

Wanita terbabit turut memuat naik screenshot hantaran dipercayai dibuat rakannya meluahkan isi hatinya yang kecewa.
4 tahun mencintai seorang lelaki daripada ‘nothing’ to ‘everything’. Saya ikhlas sayang awak sepenuh hati. Tapi sekarang tak lagi lepas dapat tahu awak buat hal, main pelacur, mengandungkan perempuan lain dan lari tanpa bertanggungjawab.
Katanya, istilah susah senang bersama sudah tak boleh pakai. Dan dia mengakui bodoh masih setia kerana terlalu sayang.
Namun semakan mendapati hantaran yang dibuat di aplikasi X berkenaan sudah dipadam selepas meraih lebih ribuan retweet.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: X @mellowine1
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM