Connect with us

Oh! Media

“Baik Tutup Satu Kedai Terus” – Lana Nordin Berang SOP Kedai Mengarut

Oh! Artis

“Baik Tutup Satu Kedai Terus” – Lana Nordin Berang SOP Kedai Mengarut

Pelakon terkenal tanah air, Lana Nordin meluahkan rasa kecewanya di laman Instagram berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Pergerakan (PKP) penuh yang didakwanya sebagai perkara yang mengelirukan rakyat.

ADVERTISEMENT

Lana Nordin telah memuat naik hantaran video tersebut di InstaStory miliknya semalam berkata bahawa dia berasa berang kerana terdapat beberapa seksyen di sebuah kedai yang ditutup tetapi kedai masih dibuka untuk menjual barang.

Hari ini (Isnin) saya pergi ke satu kedai nak beli barangan keperluan buat kek. Tapi ada seksyen yang buka dan tutup. Saya tak faham kenapa begitu? Baik tutup satu kedai terus. Semalam (Ahad) pergi pusat beli belah lain pun macam itu, barangan makanan sahaja, baldi periuk alatan dapur ditutup. Bukankah itu semua keperluan rumah untuk pakai masak juga? Macam tak logik.

Peliknya, alkohol rokok boleh pula dijual dekat kedai serbaneka. Benda penting macam barangan elektronik, alat tulis, barangan keperluan bayi serta barangan penting lain-lain tak boleh jual? Pusat beli belah buka, seksyen ditanda tutup larang masuk.

Tangkap layar berkenaan hantaran yang dimuat naik Lana Nordin yang menzahirkan rasa tidak puas hatinya

Selain daripada itu, lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 41, turut dilarang masuk ke sebuah kedai yang tidak dinyatakan oleh sebab tertinggal telefon bimbit untuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

Satu hal lagi, saya sudahlah nak cepat kejar masa, telefon saya tertinggal. Sampai pintu masuk ditahan, tak boleh tulis pada buku laporan. Terpaksa saya patah balik.

Lana menambah, menggunakan aplikasi Mysejahtera tetapi tidak membenarkan menulis di buku laporan adalah perkara yang menyusahkan rakyat selain turut mengaitkan golongan berumur tidak semuanya tahu menggunakan teknologi.

Video ini saya muat naik bertujuan untuk mendapatkan penjelasan logik. Kalau sesiapa yang ada tolong direct message (DM). Benda ini sangat penting untuk saya sebab saya duduk di Malaysia bukan duduk Amerika Syarikat

Kredit: Utusan Harian, lananodinmckienzie

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas