Oh! Artis
“Bagi Saya Orang Yang Sebar Video Tu Hingga Tular Lagi Munafik” – Pekin Ibrahim Nafi Dakwaan Sambut Krismas
Pekin berkata, dia dan isteri hadir ke majlis hari jadi bukannya sambutan hari krismas.
Ramai yang terkejut apabila tular satu video memaparkan pasangan pelakon Pekin Ibrahim dan Mona Allen seolah-olah meraikan sambutan Hari Krismas.
Namun, pasangan selebriti itu akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar agar salah faham tidak berpanjangan.
Datang ke majlis hari jadi, bukan sambutan krismas

Lapor Harian Metro, Pekin berkata mereka ke majlis itu bukan untuk meraikan Krismas, tetapi menghadiri sambutan hari jadi dua anak kepada rakan rapat dan keluarga terdekat.
Kami hanya meraikan sambutan hari jadi anak kepada dua rakan. Salah seorang yang diraikan itu bukan Melayu dan beragama Islam. Kita juga hanya main permainan ‘musical chair’ dan bukannya bertukar hadiah?
Tambah Pekin lagi, dia dan isteri sememangnya memiliki ramai saudara mara yang bukan beragama Islam.
Jadi, kedatangannya hanyalah sekadar memenuhi jemputan dan mereka hanya memakai baju tidur kerana majlis itu berlangsung di kediaman keluarga.
Sebab itu kami tidak ‘post’ atau buat ‘live’ majlis itu. Sebaliknya ada bibik yang buat ‘live’ di majlis itu dan pada mulanya saya fikir dia buat video saja.
Pelakon ini turut menjawab mengenai video memaparkan isterinya tidak bertudung. Menurut Pekin, ketika itu mereka baru tiba di lokasi dan Mona sedang memegang anak mereka yang sedang tidur.

Kami baru sampai rumah dan keluar dari kereta untuk majlis hari jadi itu dan Mona tengah pegang anak yang sedang tidur dan mana sempat nak pakai tudung?
Ujarnya lagi, mereka tidak tahu rakan Mona sedang ‘live’ dan segera meminta kamera dialihkan selepas menyedarinya.
Sebab itu dalam video seterusnya, Mona sudah pakai tudung. Jadi, bagi saya orang yang sebarkan video itu hingga tular lagi munafik sebenarnya kerana ia boleh timbulkan fitnah dan jawablah dengan Allah di akhirat nanti.
Terdahulu, tular video memaparkan usahawan, pempengaruh popular dan beberapa orang rakan termasuk Pekin sedang berkumpul di satu majlis.
Mereka dilihat memakai baju tidur dan topi berwarna merah serta terdapat banyak hadiah yang diletakkan di atas meja.
Pssttt! Majlis keluarga yang ringkas pun boleh jadi isu besar jika dirakam dan disebarkan tanpa izin. Apa pun, penting untuk kita elak membuat andaian dan menjaga aib orang lain kerana fitnah boleh memberi kesan besar kepada sesiapa saja.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
HIV Bukan Hukuman Mati, Stigma Lebih Bahaya Dari Virus | Oh! Podcast Ep20
OH! MEDIA 23/12/2025 8:31 PM