Connect with us

Oh! Media

‘Back-Up’ Suami Selepas Didedah Curang, Netizen Geram Dengan Isteri Shuk

shuk curang

Oh! Artis

‘Back-Up’ Suami Selepas Didedah Curang, Netizen Geram Dengan Isteri Shuk

Beberapa minggu lepas, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah pelawak Shuk yang dikatakan kembali curang dengan wanita bernama Fara Salleh. Malah perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah ataupun lebih dikenali sebagai Sera.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Terima Kasih Tinggal Aku & Anak-Anak’ – Isteri Dedah Shuk Sahar Kantoi Curang Lagi?

shuk berbaik dengan isteri

Tak lama kemudian, pelawak itu berjanji akan berubah dan terus setia menjaga isteri dan anak-anaknya. Bahkan pasangan itu kelihatan sudah berbaik semula selain turut mempromosikan produk milik Rossalennah baru-baru ini.

BACA: “Jangan Takut Untuk Mengaku Kesalahan” – Shuk Sahar Akui Sudah Berjaya Pujuk Isteri

Pun begitu, tindakan Sera memuat naik sebuah video pendek di aplikasi TikTok kelmarin ternyata membuatkan netizen geram. Eh dah kenapa? Walaupun netizen bertungkus-lumus memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu sebelum ini tetapi nampaknya dia lebih memenangkan suaminya.

shuk curang

Daripada video tersebut, dia sepertinya menempelak sebilangan komen yang mengkritik dirinya mempertahankan suaminya. Sera mengatakan bahawa ‘Beranak bukan percuma’, ‘Duit suami aku bukan suami kau’ dan ‘Suami saya hak saya sis’.

Nampak seperti mahu bergurau mengenai situasi tersebut namun para netizen jelas tidak senang dengan video yang dirakam tersebut. Bagi mereka, wanita itu sepertinya lupa bahawa dia adalah orang pertama yang membongkarkan hal kecurangan Shuk untuk tatapan khalayak ramai.

shuk curang shuk curang shuk curang shuk curang shuk curang shuk curang

Walaubagaimanapun, terdapat netizen yang menjelaskan bahawa video TikTok ini telah pun dimuat naik oleh Sera pada Disember 2020 di mana ianya dirakam sebelum kes Shuk curang buat kali kedua tersebar di serata media sosial.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas