Connect with us

Oh! Media

Baby Dalam Kandungan Siti Nurhaliza Sebenarnya Kembar Aafiyah?

Oh! Artis

Baby Dalam Kandungan Siti Nurhaliza Sebenarnya Kembar Aafiyah?

Awal bulan lalu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza ada buat pengumuman yang menggembirakan semua peminatnya bila dia mengesahkan yang beliau sedang hamil anak yang kedua. Lagi menarik, baby dalam kandungan itu adalah baby boy! Wah, kiranya Tokti akan ada sepasang lah.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, sewaktu Tokti jadi tetamu di Era FM untuk #CartaERA40, beliau sekali lagi buat kenyataan yang mengejutkan peminatnya. Kalau korang nak tahu, sebenarnya kedua-dua embrio, Aafiyah dan baby boy terjadi pada waktu dan masa yang sama. Ini bermaksud, baby boy yang dikandungkan sekarang merupakan kembar kepada Aafiyah!

Yelah, Tokti kan lalui rawatan kesuburan In-Vitro Fertilisation (IVF), jadi ada peringkat-peringkat bayi yang perlu Tokti lalui. Tapi, waktu itu doktor tak bagi Tokti untuk masukkan kedua-dua embrio secara serentak. Jadinya, Tokti kena tunggu tiga tahun, barulah dapat masukkan pula embrio kedua.

“Doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu. Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini.” – kongsi Tokti.

Unik juga kisah Tokti ya. Menurut laporan, Tokti belum buat persiapan rapi lagi untuk baby barunya. Tunggu dah cecah usia 7 bulan, baru Tokti akan mula buat persiapan. Tambah-tambah pula barang-barang Aafiyah yang ada sekarang, semuanya warna pink. Mana sesuai dengan baby lelaki. Jadi, nak taknak memang kena beli yang baru.

“Persiapan kalau soal barang-barang baby, masih belum beli lagi. Memang kena beli yang baru sebab baby boy. Aafiyah punya barang semua warna pink.”

“Jadi, rasa-rasanya saya akan beli bila kandungan sudah mencecah tujuh bulan nanti. InsyaAllah, ketika itu saya akan persiapkan semuanya.” – katanya.

Peminat semua mesti tak sabar kan menanti kelahiran baby baru Tokti? Semoga urusan Tokti nanti semua dipermudahkan dan berjalan lancar. Dengarnya nama anak nanti pangkalnya nak letak huruf A. Apalah agaknya ya.

Kredit: mStar, Youtube Era

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas