Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Azlee Senario Mengadu Dada Sakit Dan Rasa Ketat, Rupanya Jantung Dah Tersumbat 99 Peratus

Isteri kepada pelawak Azlee Senario mengesahkan suaminya berada dalam keadaan stabil. Pelawak berkenaan perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Awak Tu Artis Veteran Je” – Azlee Senario Dituduh Bongkak Gara-Gara Tolak Job RM500 Sehari

Lapor Kosmo!, Azlee yang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) disahkan mempunyai masalah saluran darah pada jantung tersumbat.

Kini dia ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) untuk pemantauan selepas prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil).

azlee senario

Isterinya Aslinda Ayob berkata, hasil pemeriksaan doktor mengesahkan saluran jantung Azlee tersumbat 99 peratus. Berikutan itu, Azlee perlu menjalani prosedur pemasangan stent dengan segera.

Dia balik mesyuarat pukul 5.30 petang semalam. Dia rasa berpeluh, panas dan mengadu dadanya sakit rasa ketat.

Kongsinya, Azlee sebelum ini tidak pernah kena serangan jantung namun mungkin juga pihaknya tidak perasan simptom kecil yang dialami Azlee.

Kadang kala Azlee mengalami kebas tangan yang disangka simptom kencing manis.

Setahu saya, dia tidak ada sakit jantung tetapi dia memang ada darah tinggi. Sudah 10 tahun ambil ubat selain masalah gout.

Kongsi Aslinda lagi, selepas Azlee mengadu sakit mereka segera ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Doktor kemudian meminta suami ke hospital kerana keadaannya kritikal.

Isteri segera menelefon ambulans dan Azlee dibawa ke zon merah Hospital Sungai Buloh. Tak sampai 10 minit, doktor meminta pengesahan untuk membawa Azlee ke IJN.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas