Connect with us

Oh! Media

Azlee Senario Beri Peringatan Padu Buat Suami Yang Bercita-Cita Kahwin Dua

azlee senario

Oh! Artis

Azlee Senario Beri Peringatan Padu Buat Suami Yang Bercita-Cita Kahwin Dua

Baru-baru ini tersebar momen manis antara pelawak senior, Azlee Senario bersama isterinya sehingga meraih pujiam dalam kalangan netizen di TikTok.

ADVERTISEMENT

Video itu dikongsikan sendiri oleh Azlee dan dia tidak sangka akan menjadi viral macam tu sekali.

BACA: Tak Malu Berniaga, Gerai Buah Azlee Senario Laku Sejak Viral

Azlee atau nama sebenarnya, Mohd Azlee Jaafar yang sudahpun berusia 56 tahun itu memaklumkan perkongsiannya hanyalah untuk meluahkan perasaan isi hari terhadap isteri tercinta.

Memang amat bersyukur kepada Allah kerana ini semua ketentuanNya. Sebenarnya saya ni tidak pandai sangat bermain TikTok. Tapi bila anak saya rakam dan kemudian memuat naik, tak sangka terus tular pula.

Satu rahmat sebenarnya sebab orang doa yang baik untuk saya dan keluarga. Maka saya pun doa yang baik untuk mereka juga.

“Ingat, pertama itu lebih baik…” – Azlee.

Pada saya, kenapa kita perlu sorok atau sembunyikan isteri, sedangkan dia adalah isteri kita dan tugas sebagai seorang suami kena gembirakannya. Sebab isteri paling teruk kerja di rumah tapi tugas kita hanya cari nafkah sahaja.

Ditanya pandangan tetang apa yang berlaku ke atas isu rumah tangga rakan-rakan artis, Azlee berpandangan mereka lebih tahu apa yang terbaik dan menasihatkan untuk buat satu keputusan yang tepat.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas