Connect with us

Oh! Media

Azar Azmi Menangis Dedah Kisah Sebenar Selepas Dibebaskan

ohmedia azar azmi

Oh! Artis

Azar Azmi Menangis Dedah Kisah Sebenar Selepas Dibebaskan

Azar Azmi dedah hidup hanya tinggal RM28 selepas dibebaskan polis. Kisah penuh penuh emosi dan ujian hidup yang mengejutkan.

Pelakon terkenal, Azar Azmi mendedahkan detik paling sukar dalam hidupnya selepas dibebaskan daripada tahanan polis.

Menerusi satu potongan klip di Tiktok, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi keperitan yang dilalui.

Benda ini siapa pun tak pernah tahu dan saya tak pernah dedahkan.

Momen ketika saya diambil..habis, saya tak ada apa-apa langsung. Saya dibebaskan, keluar dari situ..dunia akhirat saya cuma ada RM28 je.

Trauma berdepan pandangan dan cacian orang ramai

Bukan sahaja berdepan masalah kewangan, Azar turut mengakui dia takut untuk berhadapan dengan masyarakat selepas kejadian tersebut.

IKLAN

Ketika saya nak melangkah keluar, saya jadi takut nak jumpa orang. Pandangan, tomahan dan makian orang.

Hidup Azar Azmi bergantung pada keluarga

azar azmi polis

Dalam kesusahan itu, Azar bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang sentiasa menyokongnya.

Saya tiada apa-apa. Apa yang ada di badan, tudung kakak saya punya, baju arwah mak dan kasut pun kakak punya.

Saya beruntung sebab ada kakak dan adik-adik yang membantu. Kalau tak, saya rasa tak tahu apa yang akan jadi dalam hidup saya.

Terdahulu, nama Azar menjadi perhatian selepas dia bersama suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri didakwa berkaitan penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran.

Bagaimanapun, Azar telah dibebaskan dan kini akan menjadi saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes tersebut.

Pssttt! Setiap orang diuji dengan cara berbeza. Jangan cepat menghukum, kerana kita tak pernah tahu apa yang seseorang sedang lalui.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas