Connect with us

Oh! Media

“Ayah Mereka Dirampas Perempuan Kejam, Ibu Mereka Ditinggalkan Kerana Perempuan Itu”

Oh! Artis

“Ayah Mereka Dirampas Perempuan Kejam, Ibu Mereka Ditinggalkan Kerana Perempuan Itu”

Penat berhadapan konflik rumahtangga, pelakon Puteri Sarah baru-baru ini nekad dengan keputusannya untuk menfailkan tuntutan cerai. Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sarah mengesahkan permohonan cerai akan dibuat pelakon itu Isnin ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkini! Peguam Syarie Sahkan Puteri Sarah Bakal Failkan Cerai Terhadap Syamsul Yusof 

Antara insan yang terkesan dengan konflik rumahtangga pasangan ini mestilah ibu mentua Puteri Sarah sendiri iaitu, Datin Patimah Ismail. Terbaru, Datin Patimah menerusi hantaran Instagram Story menyifatkan wanita yang merampas anaknya sebagai kejam.

“Laknatlah hidupnya”

Dalam hantaran itu, Datin memuat naik dua gambar cucunya Syaikhul Islam dan Sumayyah berpakaian sekolah diiringi muzik instrumen Law Kaana Bainana.

ibu syamsul yusof

Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam! Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu, laknatlah hidupnya!

Tulis Datin lagi, ibu dua cucunya iaitu Puteri Sarah ditinggalkan kerana perempuan tersebut.

Terdahulu, Datin Patimah memuat naik hantaran mendoakan semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada menantu serta cucunya menghadapi dugaan besar ini.

BACA: “Pengorbanan Tak Dihargai” – Ibu Mentua Sokong Keputusan Puteri Sarah

Kredit: Instagram dpatimah012

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas