Oh! Artis
“Awak Baru Kena Sikit Dah Melalak, Junjung Quran” – Ibu Puteri Balqis ‘Sound’ Janna Nick
Ibu Puteri Balqis bidas Janna Nick, dakwa kenyataannya tidak neutral dan hanya jaga hati artis kesayangan.
Kontroversi melibatkan Puteri Balqis dan Mia Sara bertambah panas apabila ibunya tampil menyelar tindakan pelakon Janna Nick yang didakwa cuba ‘masuk campur’.
Menerusi perkongsian di Instagram, ibu Puteri dengan lantang menyatakan rasa kecewanya terhadap kenyataan Janna yang dianggap tidak neutral dan bersifat ‘backhanded’ walaupun kelihatan seperti tidak memihak mana-mana pihak.
“Jangan letak hal kami dalam Threads kalau nak neutral”

Menurut ibu Puteri Balqis lagi, kenyataan Janna yang menyarankan agar ‘block je lah dia!’ sebenarnya memperlihatkan sikap berpihak kepada satu pihak je.
Beliau menyifatkan Janna tidak berlaku adil dalam isu yang melibatkan Puteri Balqis ini.

Bandingkan dengan Sweet Qismina, puji keikhlasan sebenar
Dalam satu hantaran lain, beliau memuji pelakon Sweet Qismina yang disifatkan ikhlas memberi semangat kepada Puteri secara peribadi tanpa mencampuri isu secara negatif.

Katanya, Qismina bersikap tegas tetapi jujur, berbeza dengan Janna yang dikatakan hanya ‘acah savage’ dan sering menunggang isu.

Beliau juga menegaskan bahawa selama ini keluarga mereka berdiam diri, walaupun dikecam dan diaibkan secara terbuka.
Hantaran Janna Nick di Thread

Pssttt! Bila isu peribadi mula dibawa ke media sosial, reaksi dari pelbagai pihak pastinya tak dapat dielakkan. Tapi dalam keadaan tegang sebegini, semua pihak – selebriti dan netizen – perlu lebih berhati-hati agar tidak menambah luka kepada mereka yang sedang terluka. Kadang-kadang, berdiam itu jauh lebih baik daripada berkata tanpa memahami.
Kredit: Instagram morosechild
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM