Connect with us

Oh! Media

“Apa Berlaku Silap Caprice Sendiri” – Mengaku Terlalu Emosi, Caprice Mohon Maaf

Oh! Artis

“Apa Berlaku Silap Caprice Sendiri” – Mengaku Terlalu Emosi, Caprice Mohon Maaf

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa hati mengenai misi kemanusiaan ke Gaza. Caprice dalam luahan tersebut mendakwa Ustaz Ebit Lew telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk Palestin apabila mengambil gambar ketika menyampaikan permainan kepada anak-anak miskin.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Saya Susah Nak Gaduh Dengan Sesiapa, Tapi Orang Datang Cari Gaduh’ – Luahan Hati Ebit Lew

Terbaru, Caprice menerusi hantaran di Instagram membuat permohonan maaf kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Ustaz Ebit Lew. Caprice mengaku terlalu emosi mengenai perjuangannya demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia.

Jelas Caprice lagi, apa yang berlaku adalah kesilapannya sendiri dan tiada kena mengena dengan pihak yang lain. Dalam hantaran itu, Caprice berterima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin, Kedutaan Besar Malaysia dan kerajaan Mesir yang telah menjaganya dengan baik sepanjang berada di Mesir.

Tidak ketinggalan, penyanyi ini mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Azeez Rahim yang menjadi seperti seorang ‘ayah’ kepadanya selama berkenalan. Katanya, tidak mungkin dia dapat membalas semua kasih sayang dan perhatian yang diberikan kepadanya sepanjang misi ini.

Turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia, Caprice berkata dia akan pulang setelah mengotakan janji-janji yang dibuatnya kepada rakyat Palestin.

Kredit: Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas