Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Singgah Kedai Ayam Goreng Amir Raja Lawak

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Anwar Ibrahim Singgah Kedai Ayam Goreng Amir Raja Lawak

PM Anwar Ibrahim luang masa singgah kedai Amir Raja Lawak di Kelantan, siap beri sumbangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan kira-kira 30 minit untuk berjumpa dengan pelakon dan pelawak terkenal, Amir Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 36, hari ini.

Kunjungan itu berlangsung di kedai ayam goreng milik Amir yang terletak di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV sekitar jam 4 petang. Turut hadir bersama adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Anwar Ibrahim nampak status Facebook Amir Raja Lawak…

 9061

Pertemuan ini berlaku sehari selepas Amir memuat naik status di Facebook yang mengharapkan kunjungan daripada Anwar. Nampaknya, hajat Amir itu dimakbulkan dengan cepat.

IKLAN

Anwar bukan sekadar singgah, malah sempat berbual santai dengan Amir dan bertanya khabar mengenai ayahnya yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Selain itu, Anwar dan Menteri Besar Kelantan juga menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Amir sebelum meninggalkan kedai tersebut.

Kehadiran Anwar di Kelantan pada hari ini sebenarnya bersempena Majlis Penutup Program Madani Rakyat (PMR) Kelantan yang beliau rasmikan lebih awal.

Pssttt! Ohmedia rasa seronok tengok pemimpin ambil masa untuk berjumpa rakyat secara dekat macam ni. Korang pun kalau ada peluang, jangan malu untuk luahkan hajat atau permintaan sebab rezeki tu boleh datang dalam pelbagai cara yang kita tak sangka.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas