Oh! Artis
Angeline Tan Kongsi Perasaan Jejakkan Kaki Ke Tanah Suci Buat Kali Pertama
Suka tengok pasangan selebriti, Sabri Yunus dan Angeline Tan yang kini berada di tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.
Momen indah itu dikongsi Angeline Tan di Instagram di mana dia berasa terharu dapat menjejakkan kaki buat kali pertama di tanah suci.
Tadi solat di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun di sini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang.
Angeline atau nama Islamnya, Ardini dalam pada itu turut berkongsi setiap aktiviti yang dilakukannya sepanjang berada di sana. Rata-rata peminat juga tak sabar menanti perkongsiannya dan mendoakan agar ibadah yang dilakukan dipermudahkan Allah.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
