Connect with us

Oh! Media

Andika Putera Didakwa Ubah Ciptaan Allah selepas Wajah Jadi Makin Tajam

Ohmedia andika putera rawatan wajah

Oh! Artis

Andika Putera Didakwa Ubah Ciptaan Allah selepas Wajah Jadi Makin Tajam

Pempengaruh media sosial, Andika Putera, sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi perjalanan rawatan wajahnya menerusi video di Instagram. Namun, tindakan ini menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan kononnya dia mengubah ciptaan untuk kelihatan lebih menarik.

Menurut Andika, rawatan High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) yang dilakukannya bukanlah untuk mengubah wajah, tetapi semata-mata untuk menegangkan kulit dan membentuk garis rahang atau jawline.

“HIFU tanpa suntikan, kulit lagi tegang!”- Andika

Image
Andika Putera yang dahulu sado

Dia turut berkongsi bahawa ini merupakan sesi ketiganya untuk rawatan HIFU dan hasilnya semakin menyerlah.

IKLAN

Ramai tanya macam mana saya buat jawline. Sebenarnya saya buat HIFU sebab rawatan ni tanpa cucuk jarum, tanpa apa pun. Muka saya makin lama makin terbentuk. Salah satu cara saya ialah hilangkan berat badan. Yang kedua, HIFU.- Jelasnya.

Tambah Andika, rawatan ini menjadi pilihannya untuk mendapatkan penampilan ‘Old Money’ yang semakin diminati ramai.

Proses rawatan & inspirasi “Old Money”

Image
Andika Putera yang sekarang lebih kurus

Dalam video tersebut, Andika menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilalui sebelum rawatan bermula, termasuk penggunaan krim kebas atau numb cream. Dia turut menjelaskan bagaimana rawatan ini membantu mendapatkan wajah bergaya ‘Old Money.’

Pakai numb cream dulu 20 minit. Lepas tu, rawatan ni macam ‘toreh’, tapi bukan betul-betul toreh. InsyaAllah, muka kita akan nampak Old Money style.- Ujarnya berseloroh.

Andika nafi rawatan ubah ciptaan Allah…

Andika dalam pada itu turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia mengubah ciptaan. Sebaliknya, rawatan ini dilakukan untuk mengatasi masalah kulit kendur selepas kehilangan berat badan sebanyak 23 kilogram.

Macam korang tau, saya dah hilang hampir 23 kilogram. Tapi bila kulit tak tegang, rasa tak best. Tu yang saya buat HIFU. Muka saya terbentuk sebab rawatan ni, baru Old Money!.- Katanya di ruangan kapsyen.

#OhmediaNasihat

Kecantikan adalah pilihan peribadi. Tak salah menjaga penampilan asalkan ia dilakukan secara selamat dan tidak melanggar batas. Pastikan korang pilih rawatan yang sesuai dan sah, serta utamakan kesihatan berbanding kecantikan semata-mata!

Ohmedia andika putera rawatan wajah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas