
Oh! Artis
Anak Asyik Sakit Lepas Bisnes Kek Batik Viral, Wawa Zainal Risau Kena ‘Ain’
Wawa Zainal mohon maaf jika ada yang kurang senang dengan bisnes kek batik Hayla.
Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal mendedahkan keadaan kesihatan anak perempuannya yang tiba-tiba mengalami sesak nafas walaupun tiada kahak atau tanda-tanda sakit yang ketara.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Wawa memuat naik gambar anaknya sedang menjalani rawatan nebulizer sambil meluahkan rasa risau.
Wawa minta maaf jika ada kurang senang dengan kek batik Hayla
Situasi itu menimbulkan persoalan di hati Wawa sama ada keadaan tersebut berpunca daripada ‘ain’ (pandangan mata yang membawa mudarat) seperti yang dipercayai dalam Islam.
Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini turut memohon maaf dan keampunan sekiranya perkongsian berkaitan perniagaan pakaian batik Hayla sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang kepada sesetengah pihak.
Menurut Wawa, dia baru je sembuh daripada gastrik teruk, namun tidak lama kemudian Hayla pula diserang sesak nafas secara tiba-tiba.

Hal ini membuatkan beliau semakin risau dan berharap orang ramai dapat berkongsi amalan untuk menghindarkan diri daripada terkena ‘ain’.
Pemilik bisnes tak boleh diam diri, perlu hadap risiko

Tambah Wawa lagi, sebagai pemilik bisnes, mereka tiada pilihan selain perlu tampil ke hadapan untuk mempromosikan produk sendiri.
Katanya, dia tidak meminta simpati tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi oleh para peniaga.
Perkongsian penuh emosi ini turut meraih simpati daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan kesihatan anak Wawa agar segera pulih dan dilindungi daripada segala keburukan.
Pssttt! Kesiannya Hayla! Memang nampak baru-baru ini Hayla mula niaga kek batik dan laku keras. Semoga Wawa dan keluarga dijauhkan daripada ain dan hasad dengki manusia.
Kredit: Instagram Wawa Zainal
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
