
Oh! Artis
Anak Suhaimi Saad Dibuli Masa Sekolah, Dipaksa Makan Rumput Dan Ditolak Dalam Kolam Ikan
Anak Allahyarham Suhaimi Saad, Hadie kongsi pengalaman dibuli hingga dipaksa makan rumput dan dicampak ke dalam kolam.
Menerusi siaran langsung di TikTok, peserta program Talk To My Manager, Ehmad Hadie Elfardie berkongsi pengalaman pahit ketika menjadi mangsa buli di sekolah tahfiz.
Dalam perkongsian itu, anak kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim ini berkata, dia dan adiknya, Sallman terpaksa keluar daripada sekolah tahfiz kerana terlalu takut.
Hadie dipaksa makan rumput, ditolak masuk kolam ikan
Lebih memilukan, pengalaman tersebut bukan sekadar ejekan biasa, sebaliknya turut melibatkan kecederaan fizikal hingga meninggalkan parut di kepala.
Menurut Hadie, dia pada awalnya mahu melihat-lihat pelajar lain memancing ikan sewaktu riadah petang.
Semasa berada di situ, tiba-tiba seorang pelajar senior memintanya makan rumput. Dia enggan dan mahu melarikan diri, tetapi dia berjaya ditangkap dan dicampak masuk ke kolam ikan.
Kami tak ada kawan di situ. Ada juga yang tarik (rambut) saya dan luka di kepala.
Pengalaman itu jelas meninggalkan kesan mendalam apabila Hadie merasakan dirinya terasing dan tidak berdaya.
Hadie turut mendedahkan bagaimana naluri arwah bapanya telah menyelamatkan mereka daripada terus menjadi mangsa.
Katanya, bapanya di rumah berasa tidak sedap hati dan tidak dapat tidur lena.
Ayah dan ibu pun datang jumpa. Dorang datang dan tengok muka kita orang, muka berseri je tapi monyok. Kenapa? Ayah pun tanya Sallman, “Okey tak? Sekolah best tak?”. Sallman diam je tak menjawab, saya pun jujur kata, “Kat sini tak okey la ayah..”
Selepas itu, bapa terus meminta mereka untuk packing baju dan berpindah keluar dari sekolah tahfiz tersebut.
Dia berasa sungguh gembira dan sejak itu mereka mula bersekolah di rumah je (homeschooling).
Pssttt! Rupa-rupanya ada sebab mengapa arwah pilih untuk ajar sendiri anak-anaknya di rumah kan. Semoga arwah Suhaimi Saad ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
