Connect with us

Oh! Media

Anak Shuib Ubi Ditegur Pakai Gaun Dedah Bahu

Ohmedia thalita shuib

Oh! Artis

Anak Shuib Ubi Ditegur Pakai Gaun Dedah Bahu

Penampilan Thalita di majlis gender reveal Shuib cetus perdebatan, netizen anggap busana kurang sesuai.

Penampilan anak kepada pelawak Shuib, Dzahira Talita Zahra Shahmira, sekali lagi jadi perhatian netizen. Semuanya gara-gara pakaian yang digayakan ketika menghadiri satu majlis gender reveal baru-baru ni.

Thalita, yang kini berusia 13 tahun, dilihat mengenakan gaun labuh warna merah jambu dengan potongan dedah bahu. Ramai yang mula bersuara, ada yang rasa gaya tu tak sesuai dengan umur remaja macam dia.

Netizen tegur baju anak Shuib, Thalita terlalu mencolok

Rata-rata netizen komen busana tu terlalu mencolok mata untuk remaja seusia dia. Malah, ada yang rasa kasihan sebab gaya tu nampak macam tak kena dengan imej budak sekolah.

IKLAN

Untuk yang tak tahu, Thalita sebenarnya hadir ke majlis gender reveal adik barunya. Majlis tu diadakan oleh Shuib dan isterinya, Watie, di Gombak, Selangor.

Majlis tu dibuat sempena pengumuman jantina anak kelima Shuib, yang disahkan bakal perempuan. Meriah juga majlis tu, tapi sayangnya isu baju Thalita lebih jadi tumpuan netizen.

Pssttt! Ohmedia rasa, bab berpakaian ni memang sensitif terutama untuk remaja yang makin membesar. Ibu bapa kena main peranan pantau, dan netizen pun kena bijak menegur, bukan terus menghukum.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas