Connect with us

Oh! Media

Wanita Tunjuk Mesej Dengan Da’i Syed, Ajak Ke Rumah Konon Nak Buat Buku Selawat

Ohmedia dai Syed

Trending

Wanita Tunjuk Mesej Dengan Da’i Syed, Ajak Ke Rumah Konon Nak Buat Buku Selawat

Tangkap layar DM lama didakwa libatkan Da’i Syed tular di Threads. Ajak ke rumah konon buat buku selawat?

Seorang individu tampil mendedahkan tangkap layar perbualan lama di ruangan DM miliknya yang didakwa melibatkan Da’i Syed

Menerusi satu perkongsian di Threads, individu itu berkata mesej berkenaan dihantar kira-kira lapan tahun lepas, di mana individu terbabit dikatakan mengajak si pengadu datang ke rumah kononnya untuk membuat buku selawat.

Ajakan Da’i Syed tidak wajar

View on Threads

Namun, individu yang mendedahkan perkara itu mengakui berasa pelik dan tidak selesa dengan pendekatan berkenaan, malah menyifatkan ajakan tersebut sebagai tidak wajar.

IKLAN

Mungkin dia ingat aku ni innocent dan naif. Hakikatnya aku tahu bezakan mana betul, mana tak.

Dedah untuk buka mata orang ramai

Tambahnya lagi, pendedahan ini bukan bermaksud dia melayan mesej tersebut, sebaliknya ingin membuka mata orang ramai tentang perangai sebenar individu berkenaan yang menurutnya sangat menjijikkan.

Sekarang baru orang nampak perangai sebenar dia. Tak payah nak panggil dia ‘Da’i’, aku sendiri rasa jijik.

Perkongsian ini nyata mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai mula mempersoalkan imej dan kredibiliti individu yang selama ini dikenali sebagai pendakwah.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan balas dikeluarkan oleh pihak yang dinamakan.

Pssttt! Imej agama bukan perisai untuk berkelakuan mencurigakan. Jika rasa tak selesa, percayalah pada naluri dan beranilah bersuara, demi keselamatan diri dan orang lain.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas