Connect with us

Oh! Media

Lufya Omar Luah Rasa Kecewa, Geng Usrah Didakwa Sokong Perog*l

Ohmedia lufya Omar

Trending

Lufya Omar Luah Rasa Kecewa, Geng Usrah Didakwa Sokong Perog*l

Lufya Omar luah kecewa susulan komen melampau yang mengaitkan dirinya dengan jenayah. Tegas soal fitnah dan ingatkan balasan setiap perbuatan.

Pelakon Lufya Omar tampil meluahkan rasa kecewa dan kebimbangan susulan isu hangat yang diperkatakan sejak beberapa hari lalu, apabila wujud komen melampau di media sosial yang seolah-olah mengaitkan dirinya serta individu lain dengan jenayah dilakukan pihak tertentu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Lufya menyifatkan komen tersebut sebagai keterlaluan dan berbahaya, lebih-lebih lagi apabila ia ditinggalkan pada hantaran berkaitan usrah bulanan yang melibatkan kehadiran ramai selebriti serta ustazah yang menyampaikan ilmu agama.

Lufya Omar tegaskan setiap perbuatan ada balasannya

Menurut Lufya, tutur kata yang dilemparkan sesuka hati bukan sahaja tidak wajar, malah akan menerima balasan, sama ada di dunia atau akhirat.

IKLAN

Setiap tindakan, walau sekecil zarah, pasti ada konsekuensinya. Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, manakala kejahatan akan kembali kepada pelakunya. Tiada satu pun perbuatan yang terlepas daripada pengawasan Allah SWT.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyamakan atau memukul rata kesalahan jenayah seorang individu sehingga mengheret nama pihak lain yang langsung tidak bersalah.

Kita sedang berusaha untuk istiqamah di jalan-Nya. Mudah untuk berhijrah dari segi luaran, tetapi istiqamah itu jauh lebih sukar.

Tambah Lufya, mentaliti menyalahkan semua pihak hanya kerana kesalahan seorang individu adalah tidak adil dan tidak sepatutnya dinormalisasikan dalam masyarakat.

Kita boleh membenci perbuatan jenayah yang dilakukan, tetapi jangan membenci orang sekeliling yang tidak bersalah. Dalam setiap manusia pasti ada dosa dan kesalahan.

Serah penilaian kepada pihak berkuasa

Lufya Omar

Dalam masa sama, Lufya menyeru orang ramai agar lebih memilih untuk mendoakan keselamatan ahli keluarga masing-masing serta menjauhi sikap menghukum.

Menurutnya, tugas menilai dan menyiasat sesuatu kes seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa, bukan ditentukan melalui emosi dan andaian di media sosial.

Pssttt! Berhati-hatilah sebelum menulis dan berkongsi. Kata-kata kita bukan sekadar di skrin, tetapi boleh melukakan dan memberi kesan besar. Nilailah dengan akal, bukan emosi.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas