Oh! Artis
“Anak Saya Perlu Diselamatkan Dari Hubungan Toksik Tu” – Abby Abadi
Sebagai ibu, Abby Abadi mendoakan Marissa menemui kebahagian.
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi luahan hatinya di Instagram mengenai anak perempuannya, Marissa Dania.
BACA: Netizen Desak Marissa Dania Mula Hidup Baru, Abby Abadi Akui Dan Dedah Banyak Mahu Diceritakan!
Menerusi InstaStory, Abby mendoakan agar Marissa segera diselamatkan daripada hubungan yang disifatkan sebagai toksik.
“Tulis sini biar acik yang maki hamun sepanjang zaman tu puas hati”

Abby berkata, doanya itu ditulis untuk tatapan umum khususnya netizen yang selama ini memaki hamun anaknya tanpa henti.
Beliau berharap orang ramai sama-sama mendoakan agar Marissa diberi kekuatan untuk bangkit semula dan memulakan hidup baharu.
Adikk.. @marissadania_ Adik selalu dalam doa Mama.
Dalam hantaran lain, Abby berkongsi gambar mesranya bersama Marissa dengan kapsyen penuh kasih sayang.
Pssttt! Apa pun, semoga doa seorang ibu yang ikhlas mampu membuka jalan terbaik buat Marissa agar dapat keluar daripada situasi yang membebankan dan memulakan hidup yang lebih tenang.
Kredit: Instagram Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM