Connect with us

Oh! Media

“Anak Kau Nangis Sambil Pakai Rantai Emas Nok”- Netizen Bandingkan Kes Rasuah Zizie Dengan Kes Ibu Curi Milo

zizie izette

Oh! Artis

“Anak Kau Nangis Sambil Pakai Rantai Emas Nok”- Netizen Bandingkan Kes Rasuah Zizie Dengan Kes Ibu Curi Milo

Anak mana tak sedih kalau terpaksa berjauhan dengan ibu dan bapanya. Sebab itulah kita ni sebagai ibu bapa kena fikirkan dulu baik buruk dan keluarga sebelum buat apa-apa keputusan.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkini! Ini Keputusan Dibuat Mahkamah Terhadap Bung Moktar Dan Zizie Izette 

Macam itu jugalah apa yang dilalui anak kepada pelakon, Datin Seri Zizie Izette yang menangis dan bertanya sama ada ibunya menang dalam kes di mahkamah atau tidak.

Isteri ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu menjawab kepada anaknya bahawa mereka tidak menang.

Netizen bandingkan Zizie dengan wanita dipenjara 14 bulan sebab curi milo

Perkongsiannya itu bagaimanapun menerima sindiran sesetengah netizen yang berpendapat Zizie hanya mahu meraih simpati orang ramai.

Malah, segelintir warganet di Twitter membezakan kes Zizie dan suami dengan wanita yang pernah dipenjara 14 bulan kerana mencuri milo untuk memberi makan kepada anaknya.

Jangan tunggang anak untuk meraih simpati

Akak yang curi milo tu lagi kesian, anak 4 orang, kena penjara 14 bulan. Mencuri sebab nak bagi anak makan. Kau mencuri sampai 2 juta. Tu bukan makan, tu mentedarah.”

Kata netizen, Zizie tidak perlu ‘tunggang’ anak dalam hal ini memandangkan mahkamah telah memberikan tarikh lain untuk dia dan suami membela diri.

Minggu lalu, Zizie dan Bung Moktar telah diperintahkan untuk membela diri Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Hantaran di Twitter itu mendapat perhatian netizen dan sesetengah daripada mereka meluahkan pendapat serta perasaan mereka terhadap kes ini.

Ada yang menyindir Zizie untuk tidak ‘play victim’ dan menggunakan kaum keluarga bagi mendapatkan simpati orang ramai.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas