Sebelum ini, Shuib Sepahtu ada membuat satu pengakuan bahawa dirinya memang sedang berkawan rapat dengan usahawan wanita yang sering dikaitkan dengannya iaitu Watie.
Malah ketika ditanya jika Watie mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri, pelawak itu percaya usahawan terbabit ada ciri-ciri seperti itu kerana kelihatan anak-anaknya pun selesa ketika bersama.
Kami belum ada apa-apa perancangan. Baru peringkat awal, baru kawan-kawan. Nak tengok juga anak-anak macam mana, family macam mana.
Memetik laporan Astro Gempak, Shuib turut mengakui Watie ada bersamanya ketika keluar makan di sebuah restoran mewah bersama anak-anak.
Dah ternampak pula dekat cermin…
BACA: Shuib Bawa Anak Makan Restoran Mewah Tapi Lain Pula Orang Nampak. Bayang Watie Dalam Cermin?
Ya, saya keluar dinner dengan wanita bernama Watie. Ketika itu, kami dinner bersama anak-anak saya, Matin dan juga Talita/
Sebelum ini, memang saya ada nafikan hubungan bersama Watie sebab malas nak besar-besarkan cerita. Tapi dah ternampak pula reflection di cermin, jadi tak perlulah kot sorok-sorok.
Kita doakan sahaja agar Shuib jumpa seorang wanita yang betul-betul baik untuk jaga dia dan anak-anak.
Kredit: Astro Gempak
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media