Connect with us

Oh! Media

fattah amin

Oh! Artis

Amira Othman Mengaku Tumpang ‘Popular’ Fattah Amin

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon popular Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman menjadi bualan hangat di media sosial.

Ada dakwaan mengatakan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta. Tetapi, rupa-rupanya itu hanyalah gimik semata-mata.

IKLAN

Amira mengaku tumpang populariti Fattah Amin

fattah amin

Menurut laporan OhBulan!, Amira tampil memberikan penjelasan dan mengesahkan bahawa tiada hubungan istimewa antara dirinya dan Fattah.

Sebaliknya, beliau mengakui menggunakan populariti pelakon itu untuk menjayakan muzik video terbarunya yang berjudul Bila Nak Kahwin.

Penyanyi itu juga menjelaskan bahawa tindakan tersebut hanyalah sekadar gimik promosi. Jadi, dia meminta maaf dan berharap gimik itu tidak melukakan hati para peminatnya.

Mohon maaf jika kecewakan hati peminat

amira othman

Sebagai seorang anak seni, dia sekadar berkarya dan mencuba sesuatu yang baru untuk keluar daripada zon selesa.

Amira juga sedar risiko apabila bersetuju dengan gimik seperti ini dan bersedia menerima kritikan.

Jelasnya, sebelum bersetuju dengan Fattah Amin, ada beberapa nama yang dicadangkan. Namun, Fattah Amin dipercayai lebih memberi impak dan fenomena.

Penyanyi ini percaya, sesiapa yang bekerja dengan Fattah Amin ketika ini semestinya menumpang populariti selebriti berkenaan dan dia berharap gimiknya tidak keterlaluan.

#OhmediaNasihat

Gimik dalam industri hiburan memang menjadi salah satu strategi untuk menarik perhatian ramai, tetapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mengundang salah faham. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik je!

fattah amin

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: OhBulan!


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas