Connect with us

Oh! Media

Amir Raja Lawak Tuntut Baki Bayaran RM18,000, Dah Lama Sabar Dengan Syarikat TV

Ohmedia amir raja lawak hutang

Oh! Artis

Amir Raja Lawak Tuntut Baki Bayaran RM18,000, Dah Lama Sabar Dengan Syarikat TV

Amir Raja Lawak masih belum terima baki bayaran RM18,000 selepas hampir tiga tahun menunggu.

Amir Raja Lawak nampaknya tak tahan lagi selepas mendedahkan masih belum menerima baki bayaran berjumlah RM18,000 daripada sebuah stesen televisyen tempatan. Hutang ini sudah lama sejak tiga tahun lalu, sedangkan projek itu sudahpun diselesaikan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi meluahkan rasa kecewa dan berharap agar pihak terlibat segera melunaskan bayaran seperti yang dijanjikan.

“Kalau saya tak perlukan duit tu…”- Amir Raja Lawak.

Amir

Amir menyatakan, dia telah menunjukkan bukti bergambar untuk mengesahkan permintaan tersebut adalah benar dan bukan dibuat-buat.

IKLAN

Kalau saya tak perlukan duit tu untuk beli apa-apa, tak adalah saya minta pun sebenarnya. Saya bagi je diorang masa sebagaimana beberapa tahun dah selesai kerja tapi payment belum clear semua lagi.

Untuk kali ini, memang saya nak guna duit itu. Mereka pun tahu alasan yang sangat penting. Saya dah beritahu mereka siap bukti bergambar untuk meyakinkan bahawa saya tidak menipu.- Kongsinya.

Amir memaklumkan dia telah berbincang dengan pihak berkenaan dan pada awalnya mereka bersetuju dengan terma pembayaran yang ditetapkan.

Pada awalnya dia bersetuju dengan terma yang ditetapkan namun kemudian meminta ihsan pihak terbabit untuk membayar segera atas sebab-sebab tertentu.

Masih menunggu dengan sabar…

Amir raja lawak 3

Amir juga berkongsi yang dia telah menghubungi mereka dengan cara baik dan memberikan maklumat secara terperinci mengenai situasinya.

Selepas perjumpaan itu, ada sesuatu yang telah berlaku dan saya telah memaklumkan kepada mereka secara lembut, berhemah serta terperinci. Saya perlukan duit itu segera dalam kadar amaun sedikit besar.

Tambahnya lagi, walaupun tidak dapat dibayar sepenuhnya, sekurang-kurangnya bayaran itu boleh dilakukan secara ansuran ikut logik dan bukti yang telah diberikan.

Biarpun tak dapat semua, boleh sahaja bagi ikut logik mengikut segala bukti dan sebab yang saya berikan.

Pssttt! Kalau korang pernah buat kerja dengan mana-mana pihak, jangan ambil ringan soal perjanjian dan pembayaran. Pastikan semuanya ada hitam putih, dan kalau perlu, buat peringatan secara berkala untuk elakkan tunggakan terlalu lama. Dalam kes Amir ni, kita boleh nampak yang dia dah cukup bersabar dan masih berusaha secara profesional. Jadi, korang pun jangan takut nak tuntut hak sendiri, tapi pastikan cara kita tetap beradab dan berhemah.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas