Oh! Artis
Amir Raja Lawak Bertemu Wakil Perdana Menteri
PM Anwar beri bantuan kepada Amir Raja Lawak yang gigih cari rezeki walau ayah sakit.
Susulan pertemuan PMX dengan Amir Raja Lawak minggu lalu, wakil Perdana Menteri, Farhan Fauzi telah bertemu semula dengan pelawak itu di pejabat bagi mendengar sendiri kisah yang dikongsikan sebelum ini.
Difahamkan, di sebalik gelak tawa yang biasa kita lihat di pentas, Amir kini sedang berjuang menjaga ayah yang memerlukan rawatan lanjut.
Dalam keadaan begitu pun, Amir tetap gigih mengurus kedai, mencari rezeki dan terus menghiburkan orang ramai.
Sumbangan awal Perdana Menteri untuk ringankan beban…
Farhan Fauzi berkongsi bahawa beliau telah menyampaikan salam prihatin YAB Perdana Menteri kepada Amir. Malah, bantuan awal turut diberikan bagi meringankan beban kos perubatan ayahnya.
Saya sampaikan salam prihatin YAB Perdana Menteri, dan insya-Allah kami akan terus membantu sedaya mungkin. Sempat juga saya selit bantuan awal buat Amir bagi meringankan beban kos ayah beliau.- Kongsi Farhan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa syukur dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh PMO terhadap Amir.
Tidak kurang juga yang berseloroh, ‘kabel’ Amir kali ini memang besar kerana bantuan datang terus daripada PM, berbanding isu saman daripada stesen televisyen yang sedang hangat diperkatakan sebelum ini.
Sebelum ini PMX singgah di kedai Amir…
Untuk rekod, sebelum ini PM Anwar telah singgah di kedai ayam goreng Amir yang terletak di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan.
Ketika itu, beliau sempat bertanya khabar tentang keadaan ayah Amir dan memberikan sumbangan tunai sebelum meneruskan urusan lain.
Pssttt! Ohmedia rasa kisah ini mengajar kita bahawa walau apa pun ujian yang datang, jangan berhenti berusaha. Dan kalau mampu, hulurkan bantuan kerana kadang-kadang sekecil bantuan pun boleh jadi penguat semangat buat orang yang sedang susah.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


