Connect with us

Oh! Media

Along Cham Nak Bersihkan Nama Yang Telah Difitnah, Bakal Buat Filem Dari Kisah Hidup

Ohmedia along Cham 2

Oh! Artis

Along Cham Nak Bersihkan Nama Yang Telah Difitnah, Bakal Buat Filem Dari Kisah Hidup

Pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad hari ini dilepas tanpa bebas (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis.

BACA: “Tolonglah, Saya Ada Anak Sekolah…” – Along Cham Merayu Dilepaskan Dengan Jaminan

Along bagaimanapun didakwa di atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.

IKLAN

Along anggap masuk ke penjara ‘dobi’ bersihkan hati

Memetik laporan mStar, Along yang ditemui selepas selesai diikat jamin berkata, pengalaman lebih sebulan di Penjara Sungai Buloh sebagai ruang untuk dirinya muhasabah.

Along menganggap masuk ke penjara adalah satu dugaan dan “dobi” untuk membersihkan hati ketika berdepan dengan fitnah yang mencemarkan namanya.

Pelawak ini juga menyatakan hasratnya untuk membersihkan kembali namanya meskipun terdapat segelintir individu yang bersorak gembira dengan kejatuhannya.

Ramai orang tak tahu, saya masuk penjara sebenarnya ramai orang gembira siap bertepuk tangan.

Tegasnya, dia tidak akan lemah malah menjadi lebih kuat untuk terus melangkah.

Rancang terbit filem, bersihkan nama

Along Cham

Dalam pada itu, Along merancang menerbitkan filem autobiografi mengenai kehidupannya. Filem tersebut bakal menjadi satu platform untuk menjelaskan sisi sebenar perjalanan hidupnya kepada masyarakat.

Cerita itu kisah benar fasal diri saya, sama ada cepat atau lambat, nantikan sahaja.

Sementara itu, isterinya Afreena Suhaimi meluahkan rasa syukur akhirnya suami dibebaskan. Semasa Along ditahan, Afreena setia berjuang dan sentiasa melakukan solat sunat mendoakan kesejahteraan suaminya.

#OhmediaNasihat

Alhamdulilah berkat kesabaran dan doa, Along akhirnya dibebaskan hari ini. Semoga Along dapat membersihkan namanya kembali dan tidak mudah tunduk dengan sebarang tekanan. Apa yang bagusnya, Along menjadikan pengalaman sebagai ruang perbaiki diri.

Ohmedia along Cham 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas