
Oh! Artis
Aliff Aziz Nafi Tarik Semula Kes Terhadap Sarah Yasmine, Jelaskan Perkara Sebenar
Pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz tampil menjelaskan kekeliruan fakta kes mahkamah melibatkan dirinya dan Sarah Yasmine.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Aliff berkata, memang kes itu sudah selesai tetapi dengan cara mahkamah memutuskan ‘final court order’ kepada Sarah.

Menurut selebriti ini, kekeliruan mengenai penarikan semula kes olehnya adalah tidak benar sama sekali.
Penjelasan adalah untuk menjernihkan kekeliruan dan berharap tiada pihak memanipulasikan fakta kesimpulan kes yang sebenar.
Dengan itu, perintah mahkamah tersebut adalah muktamad dan ianya telah terlaksana serta merta. Dan saya yakin pihak sana tahu dan faham akan perintah-perintah yang tertakluk di dalam Final Court Order itu.
Aliff juga menyertakan kapsyen pendek untuk menjelaskan punca sebenar dia menulis kenyataan panjang lebar tersebut.
To clarify any confusion with regards to this case in Singapore.
Terdahulu, Sarah Yasmine memaklumkan telah mencapai penyelesaian baik dengan Aliff Aziz menerusi proses mediasi di mahkamah.
Kata Sarah, mereka bersetuju untuk melupakan konflik yang tercetus di antara mereka sejak April 2024 lalu.
Sarah juga menyatakan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat dirinya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Aliff Aziz | Sarah Yasmine
