Oh! Artis
Alif Teega Dan Aisyah Hijanah Bebas Ditahan Reman, Ikat Jamin RM200,000
Pasangan influencer, Alif Teega dan Aisyah Hijanah akhirnya bebas tahanan reman yang sudahpun berlangsung selama 7 hari.
Berdasarkan sumber, pasangan ini telah membayar wang jaminan sebanyak RM200,000 secara keseluruhan untuk bebas.
Mereka perlu membayar RM100,000 setiap seorang di mana RM20,000 dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin.
Mereka bagaimanapun masih perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM sebulan sekali bagi membantu proses siasatan.
